suria

“Sekali hilang... memori juga hilang!” - Linda Rafar lega dapat semula Instagram 900,000 pengikut

Linda Rafar gembira dapat semula akaun Instagram miliknya yang digodam sejak Jun lalu.

PENYANYI Linda Rafar meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan semula akaun Instagram miliknya yang hilang dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak Jun lalu.

Linda, 41, berkata kehilangan akaun tersebut memberi kesan cukup mendalam kepadanya kerana terlalu banyak memori yang tersimpan di platform berkenaan.

"Alhamdulillah, banyak perkara berlaku dalam hidup saya dan ini adalah berita terbaik yang saya terima setakat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perjanjian duta produk terjejas, Linda Rafar rugi RM500,000 laman sosial digodam - “Saya percaya hacker berada di dalam Malaysia”

"Saya mendokumentasikan perjalanan hidup dalam akaun Instagram ini dan apabila kehilangannya ia sangat mengecewakan kerana banyak kenangan.

"Mungkin pada orang luar akaun Instagram yang hilang adalah perkara kecil tetapi bagi Linda, ia sangat penting... sekali hilang, memori juga hilang," katanya.



Linda muat naik foto dan kapsyen di Instagram miliknya yang telah digodam bulan lalu.

Linda berkongsi berita gembira itu menerusi akaun tersebut pada Sabtu.

Pada 4 Jun lalu, Instagram Linda dengan lebih 900,000 pengikut digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Sokongan berterusan daripada keluarga dan rakan saya memberi saya kekuatan untuk berjuang. Berkat doa dan kesabaran akhirnya dapat balik Instagram tersebut.

LINDA RAFAR

PENYANYI DAN PELAKON

Kehilangan itu menyebabkan Linda kerugian kira-kira RM500,000 yang melibatkan perjanjian dan peranannya sebagai duta produk.

Justeru itu, dia membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).



Linda buat laporan polis berhubung kehilangan akaun Instagram miliknya sebelum ini.

Dalam pada itu, anggota kumpulan Elite ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya mendapatkan semula akaun tersebut.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua orang yang telah membantu mendapatkan kembali akaun saya.

"Sokongan berterusan daripada keluarga dan rakan saya memberi saya kekuatan untuk berjuang. Berkat doa dan kesabaran akhirnya Linda dapat balik Instagram tersebut.

"Terima kasih SKMM, anak saudara dan team Facebook serta Instagram yang tak putus tolong saya. Alhamdulillah terima kasih Allah untuk segalanya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Linda Rafar, Instagram, hackers

Artikel Lain