Berehat sementara dari lakonan, Opah Aminah watak terakhir Sheila Rusly - “Ini bukan gimik...”

Sheila nekad mengambil keputusan untuk berehat buat sementara waktu dalam bidang lakonan.

PELAKON Sheila Rusly mengakui dia nekad mengambil keputusan untuk mengundur diri buat sementara waktu dalam bidang lakonan kerana rasa kecewa terhadap orang dalam industri.

Sheila, 49, berkata kekecewaan itu timbul apabila segala usaha kerasnya menghasilkan sebuah karya demi kepuasan penonton tidak mendapat sedikit penghargaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sheila Rusly undur diri kecewa dengan industri, jangan bagi anugerah selepas meninggal dunia - “Saya sedia diboikot atau proposal dicampak dalam tong sampah”

"Memang saya merajuk dengan industri sebab saya rasa sebagai anak seni, saya menggunakan platform sebagai penerbit memberi kelainan kepada industri tapi usaha saya orang pandang sambil lalu saja.



Jinggo pernah mendedahkan isterinya berasa kecewa dengan orang dalam industri.

"Cerita-cerita bergenre biasa ini yang mereka rasa harus dihargai. Saya bila buat apa-apa benda bukan mengharapkan balasan tapi bila kita dah berikan full effort, tak dapat penghargaan mestilah kecewa.

"Saya hanya minta sedikit penghargaan supaya kerja keras saya rasa berbaloi. Itu saja. Dalam masa sama, saya percaya pada rezeki dan mungkin Allah kata belum rezeki.

"Tapi sebagai manusia biasa, mestilah ada perasaan terkecil hati, tersedih dan terkecewa. Saya hasilkan sesebuah karya dengan bersungguh-sungguh untuk kepuasan penonton," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada 30 November tahun lalu, suami kepada Sheila iaitu pengarah Jinggo mendedahkan isterinya itu berhasrat untuk mengundur diri buat sementara waktu.

Saya tak tahu berehat sampai bila tapi mungkin sampai saya dapat satu naskah yang terpanggil untuk saya berlakon semula.

SHEILA RUSLY

PELAKON

Menurut Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya, Sheila meluahkan beberapa perkara yang mendorong isterinya memendam perasaan sehingga nekad untuk berehat.

Dalam pada itu, Sheila menegaskan keputusan tersebut dibuat bukan untuk meraih perhatian atau gimik semata-mata namun dia hanya ingin mengotakan kata-katanya.

Malah menurut Sheila, drama Bukan Gadis Biasa yang masih ditayangkan menerusi Slot Akasia TV3 itu merupakan lakonan terakhirnya sebelum dia berehat sementara dari dunia lakonan.



Lakonan terakhir Sheila sebagai Opah Aminah dalam drama Bukan Gadis Biasa sebelum berehat sementara.

"Saya memang nak berehat, bila saya cakap itu maknanya saya akan buat. saya bukan hanya cakap tapi tak buat. Ini bukan gimik dan bukan sekadar bercakap untuk dapatkan perhatian.

"Sekarang ini, saya tak kata saya sudah kembali berlakon. Drama Bukan Gadis Biasa, buat masa ini itu la drama terakhir saya berlakon sebelum saya berehat sekejap.

"Saya tak tahu berehat sampai bila tapi mungkin sampai saya dapat satu naskah yang terpanggil untuk saya berlakon semula.

"Insya-Allah saya akan kembali kalau watak itu mencabar saya sebagai seorang pelakon, tapi kalau watak biasa, bagi la kepada orang uyanh lebih memerlukan platform tersebut," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sheila Rusly, Bukan Gadis Biasa,

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain