suria

Khai Bahar sambut Ramadan jauh dari keluarga - “Rindu nak beli murtabak di bazar, tapi nampaknya tahun ni...”

Khai Bahar tak sambut menyambut ketibaan bulan Ramadan tahun ini.

SAMBUTAN Ramadan tahun ini berbeza bagi penyanyi Khai Bahar kerana dia terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang di negeri Perlis.

Justeru itu, Khai atau nama sebenar Muhammad Khairul Baharuddin, 26, berkata dia tiada sebarang persediaan khusus bagi menyambut kedatangan Ramadan yang dijangka Jumaat ini.

"Sekarang ini saya di Selangor dan memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jadi tak bolehlah nak meraikan Ramadan macam tahun sebelum ini di Perlis.

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar terima kritikan, dianggap belum layak ke Istana Budaya - “Semua penghibur impi buat konsert di pentas itu”

"Tiada sebarang persediaan, sama macam tahun lepas beli barang-barang keperluan sahaja. Sebagai umat Islam, semestinya kita sentiasa menanti-nantikan kedatangan Ramadan ini.

"Tapi kalau tanya saya apa paling rindu... saya rindu nak beli murtabak di bazar Ramadan, nampaknya tahun ni tak ada rezeki, mungkin kena buat sendiri!," katanya kepada mStar.

Khai promosi lagu baharu kerjasama dengan Inteam.

Meskipun hanya duduk di rumah sepanjang PKP ini, Khai memberitahu dia sedang mempromosikan lagu terbaharu nyanyiannya kerjasama dengan kumpulan nasyid, Inteam berjudul Setanggi Syurga 2020.

"Sekarang ini saya sedang promosikan Setanggi Syurga 2020... teruja sangat apabila Inteam mempelawa saya untuk bekerjasama dalam projek ini.

"Lagu ini memang dekat dengan hati saya... saya kenal lagu ini semasa darjah empat pada tahun 2004 dulu, satu famili memang layan nasyid.

KHAI BAHAR

PENYANYI

"Lagu ini memang dekat dengan hati saya... saya kenal lagu ini semasa darjah empat pada tahun 2004 dulu, satu famili memang layan nasyid.

"Ini salah satu lagu kegemaran saya dan apabila diberi peluang untuk beri nafas baharu, semestinya saya tidak menolak. Alhamdulillah sambutan baik dan harap ia disukai ramai pendengar," ujarnya.

Setanggi Syurga nyanyian asal Inteam yang dirakam pada 2004 menerusi album In-Team ‘04 telah dilancarkan di saluran YouTube Seventeen Eleven Music, baru-baru ini.

Khai Bahar, Inteam

Artikel Lain