suria

Sham Visa mahu lihat anak-anak membesar depan mata - “Saya nak meninggal dalam keadaan sihat”

Sham Visa jaga kesihatan sebelum memasuki usia 50 tahun.

SEIRING peningkatan usia, penyanyi Sham Visa berkata dia mula menitik beratkan soal kesihatan dan penampilan diri.

Menurut Sham, dia mula serius mengenai penjagaan kesihatan kerana bimbang diserang penyakit berbahaya dan mahu melihat anak-anak membesar dalam keadaan sihat.

"Saya ada misi iaitu nak menjadi lebih cergas dan fit menjelang usia 50 tahun. Sekarang ni umur saya dah masuk 49 tahun dan saya perlu menjaga kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak buat pembedahan untuk nampak seiras Iron Man” - Sham Visa digelar Tony Stark Malaya

"Sejak tiga tahun lalu saya mula sedar tidak menjalani kehidupan sihat, jadi saya berhenti makan makanan ringan dan sebagainya.

"Saya nak tengok anak-anak membesar depan mata... andai kata meninggal dunia, saya nak meninggal dalam keadaan sihat dan saya kini sedang menuju ke arah itu," katanya kepada mStar.

Sham mula sedar mengenai penjagaan kesihatan.

Bekas peserta program Gegar Vaganza 2019 ini ditemui semasa pengumuman sidang media Top 5 Anugerah MeleTOP ERA (AME2020) yang diadakan baru-baru ini.

Dalam AME2020, Sham merupakan calon Top 5 untuk kategori Fesyen MeleTOP bersaing dengan empat lagi selebriti iaitu Aliff Satar, Fazura, Mira Filzah dan Syafiq Kyle.

Bidang fesyen ni dah memang lama saya minat, saya ada ikuti beberapa figura fesyen di media sosial dan jadikan mereka sebagai rujukan!

SHAM VISA

PENYANYI

Bercakap mengenai fesyen, Sham mengakui dia mendapatkan rujukan gaya terkini daripada beberapa individu terkenal dalam bidang ini menerusi laman sosial.

Meskipun usia sudah meningkat, itu bukan penghalang untuknya tampil bergaya dan mengikuti perkembangan fesyen terkini seperti anak muda yang lain.

Sham mula berkecimpung dalam bidang lakonan.

"Bidang fesyen ni dah memang lama saya minat, saya ada ikuti beberapa figura fesyen di media sosial dan jadikan mereka sebagai rujukan.

"Ada dari dalam Malaysia dan luar negara, tak perlulah saya sebut siapa mereka... memandangkan saya pun bukanlah mahir sangat tentang fesyen, jadi saya ada juga bertanya dengan kawan-kawan.

"Apabila tercalon dalam kategori ini, saya teruja dan tak menyangka kerana semua calon lain boleh dikatakan dalam kalangan generasi baharu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sham berkata dia kini sedang menjalani penggambaran drama 10 episod yang bakal bersiaran di TV3 tidak lama lagi.

Sham Visa, AME2020

Artikel Lain