Bunga Citra Lestari tempah liang lahat untuk dirinya di sebelah Ashraf Sinclair berharga RM75,000 - Hiburan | mStar

Bunga Citra Lestari tempah liang lahat untuk dirinya di sebelah Ashraf Sinclair berharga RM75,000

Bunga menempah dua liang lahat dia Ashraf dan dirinya.

PEMERGIAN pelakon Ashraf Sinclair pada pagi Selasa memberi tamparan hebat kepada isterinya Bunga Citra Lestari.

Seperti dipetik Detik.Hot, Bunga turut menempah dua liang lahat secara bersebelahan di tanah perkuburan San Diego Hilss.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajah duka Bunga Citra Lestari, hanya air mata sambut ucapan takziah keluarga dan sahabat

Perkara itu diberitahu Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy yang mendedahkan pelakon wanita itu mahu disemadikan bersebelahan kubur suaminya selepas meninggal dunia.

Bunga Citra Lestari masih bersedih dengan pemergian suami.

"Benar, BCL mahu berdampingan dengan suaminya. Itu sudah direncanakan oleh dia," katanya.

Tambahnya, dua tempahan tersebut dibuat menerusi pengurusnya Doddy dengan harga Rp260 juta atau RM75,000.

"Beliau tak mahu single. Dia mahu berdampingan dengan suami. Pengurusnya yang menghubungi saya," ujarnya.

Bunga sampai di tanah perkuburan San Diego Hills. FOTO DETIK HOT.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di kawasan yang eksklusif dikenali sebagai 'semiprivat' di tanah perkuburan tersebut.

"Kubur yang ditempah khudus untuk dua orang ini ada pembatas kiri dan kanan.

"Pihak BCL menghubungi kami pada pukul 7 pagi Selasa," ujarnya.

Pemandangan tanah perkuburan mewah San Dieogo Hills, Jakarta. 

Allahyarham meninggal dunia pada pagi Selasa akibat serangan jantung.

Ashraf meninggalkan seorang balu, Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aiden Sinclair berusia 10 tahun.


Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain