suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam bulan ‘menghilang’, Little Miss Khan kembali di laman sosial - “Hati baru tiada siapa boleh hancurkan!”

Ameera Khan buat kemunculan semual di Instagram.

HAMPIR enam bulan menyepi daripada media sosial, adik kepada pengacara popular Neelofa iaitu Ameera Khan kembali aktif di Instagramnya pada malam Sabtu. 

Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan memuat naik tiga buah foto terbaharunya dengan kapsyen kata-kata semangat. 

A new mind no one can ever change (Fikiran baru tiada siapa yang boleh ubah). 

New heart no one can ever break. (Hati baru tiada siapa yang boleh hancurkannya)” tulisnya. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Biar dia membesar dengan cara sendiri” - Neelofa dedah punca Little Miss Khan tutup akaun Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa mula 'control' Ameera, “Apa-apa 'job' perlu melalui saya dulu, kena pilih mana yang sesuai”

Foto-foto berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya teruja dengan semangat baharu remaja itu di media sosial. 

Ameera Khan kembali aktifkan Instagramnya pada malam Sabtu.

Malah, kakaknya Neelofa dan Noor Nabila turut meninggalkan komen kepada adik mereka. 

"Wow my baby is back," tulis Noor Nabila.

"Akhirnya, yes!” tulis Neelofa.

Disember lalu, Neelofa mendedahkan Ameera memadam akaun Instagramnya selepas terkesan dengan komen-komen negatif daripada netizen di laman sosial berkenaan.

Neelofa akui adiknya terkesan dengan komen negatif netizen.

Ameera, 20, sebelum ini beberapa kali menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara tindakannya menggunakan bahasa kurang sopan bagi mempertahankan Neelofa di laman sosial.

Neelofa turut meminta orang ramai memberi peluang kepada adiknya untuk membesar dengan cara sendiri. 

Sehingga kini, akaun Little Miss Khan itu berjaya mengumpul lebih 1 juta pengikut.

Artikel Lain