suria

Anta Permana versi Bob Yusuf dapat pujian melambung - “Saya jadi tak tentu arah, takut dan gementar”

Bob bersyukur diberi peluang menyampaikan lagu Siti Nurhaliza di pentas SFMM34.

PENYANYI Bob Yusof akui dia gementar apabila diberi tanggungjawab untuk menyampaikan lagu Anta Permana nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza, di pentas Semi Final Muzik-Muzik 34 (SFMM34) pada Jumaat.

Menurut Bob, pemilihannya untuk menggalas tanggungjawab itu dibuat oleh komposer lagu tersebut iaitu Hael Husaini dan pihak Siti Nurhaliza sejak tiga minggu lalu.

ARTIKEKL BERKAITAN: Siapa yang bakal membawakan lagu 'Anta Permana' di SFMM34? - “Hael Husaini belum pilih pengganti yang layak”

"Seminggu dalam nak melakukan persiapan untuk SFMM34 ini saya jadi tak tentu arah, takut dan gementar. Tuhan saja yang tahu perasaan saya kerana tanggungjawab yang diberi ini sangat besar.

Bob bimbang menggantikan Siti Nurhaliza di pentas SFMM34.

"Sebenarnya Hael yang mula menyuarakan untuk saya menggantikan Siti lebih kurang tiga minggu lalu. Memang terkejut sebab sebelum ini saya ada mendengar ura-ura mengenai beberapa nama lain.

"Tapi apabila dapat keputusan muktamad daripada pihak Siti dan Universal Music, saya terima dan cuba sedaya upaya untuk memasukkan jiwa saya ke dalam lagu popular ini," katanya kepada mStar.

Bob ditemui selepas tamat SFMM34 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pada malam, Jumaat.

Dia ada berkongsi mengenai bagaimana persembahan yang saya boleh lakukan jika lagu ini berjaya ke AJL34.

BOB YUSOF

PENYANYI

Nyanyian Bob pada malam tersebut turut menerima pujian ramai yang rata-ratanya suka dia membawa lagu itu dengan cara tersendiri.

Dalam pada itu, Bob masih tidak pasti jika dia sekali lagi menjadi pilihan untuk membawa lagu tersebut sekiranya berjaya ke pentas Anugerah Juara Lagu 34.

"Buat masa kini, Siti dan Hael hanya minta saya untuk di pentas semi final saja. Tapi, Siti ada juga seakan beri gambaran.

Bob tidak pasti sama ada dia akan membawa lagu Anta Permana jika berjaya ke AJL34.

"Dia ada berkongsi mengenai bagaimana persembahan yang saya boleh lakukan jika lagu ini berjaya ke AJL34.

"Jadi saya tak tahu selepas ini macam mana. Apa pun terima kasih kepada yang menyokong dan doa yang baik-baik untuk lagu ini," ujarnya.

Sebelum ini Bob juga pernah menggantikan Faizal Tahir dan mempersembahkan lagu Kasih Tercipta ciptaan Ajai pada AJL22.

Artikel Lain