“Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh bogel dengan fitnah” - Sharnaaz Ahmad cakap tentang siapa? - Hiburan | mStar

“Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh bogel dengan fitnah” - Sharnaaz Ahmad cakap tentang siapa?

Sharnaaz mendedahkan menjadi mangsa fitnah beberapa individu.

UMUM mengetahui kemelut rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor masih belum berkesudahan.

Terbaharu, Sharnaaz meluahkan rasa kesal selain mendakwa menjadi mangsa fitnah beberapa individu yang pernah dikenalinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada ruang berdamai, Sharnaaz dan Noor Nabila diperintah jalani proses timbang tara

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad masih sayang, tukar fikiran enggan cerai Nabila

Sharnaaz, 34, berkata, dia bagaimanapun menganggap ia sebagai dugaan dan enggan membuka aib sesiapa meskipun dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.

"Masih memelihara aib walaupun diri dilondeh bogel dengan fitnah.

Antara posting yang dimuat naik Sharnaaz ke laman Twitter miliknya.

"Bukalah pintu kebangkitan dan bukalah benak otak dan hati yang direndam dengan kebencian oleh syaitan-syaitan bertopengkan atas dasar agama," tulisnya.

Shaarnaz membuat luahan hati itu menerusi bebenang di laman Twitter miliknya pada Jumaat.

Namun tidak dapat dipastikan individu yang dimaksudkannya.

Meskipun demikian, ia mengundang spekulasi dalam kalangan netizen yang percaya ia adalah bayangan mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dihadapinya dengan kakak kepada selebriti, Neelofa ketika ini.

Bukalah pintu kebangkitan dan bukalah benak otak dan hati yang direndam dengan kebencian oleh syaitan-syaitan bertopengkan atas dasar agama.

SHARNAAZ AHMAD

Pelakon

Dalam pada itu, Sharnaaz sempat menasihati golongan lelaki untuk tegas dalam mengemudi bahtera rumah tangga agar tidak hilang rasa hormat isteri terhadap suami.

"Kepada sang lelaki, jangan hilang gerun di mata pandangan pasangan, kelak celakalah badan mu.

"Lesson learn... learn it well! Biar dipandang gerun daripada hilang dihormati. Take note and self note," katanya.

Sementara itu, rata-rata peminat meluahkan kata-kata semangat buat pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu untuk terus tabah berdepan dugaan yang dihadapinya.

"Sabar dan tabah hadapi segalanya. Sesungguhnya dunia ini syurga bagi syaitan-syaitan yang direjam! Mereka menongkat langit dengan kekayaan, sombong, riak dan ujub. Balasan pasti ada di akhirat kelak!

Rata-rata peminat memberi semangat buat Sharnaaz.

"Kebenaran akan terbukti. Doa orang teraniaya tiada halangannya. Berdoalah dan terus berdoa agar Allah tunjukkan semuanya sendiri.

"Semoga urusan abang dipermudahkan," tulis netizen.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 4 Disember ini untuk melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor.

Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh itu selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamaian (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Sharnaaz Ahmad , Noor Nabila , Neelofa

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain