suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Arrian dan Andra nak dapat adik!” - Tomok umum isteri hamil tiga minggu

Isteri Tomok kini sedang hamil anak ketiga.

PENYANYI Tomok mengumumkan berita gembira dan mengesahkan isterinya Rahayu Abbas kini hamil anak ketiga mereka pada Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Tomok atau nama Shah Indrawan Ismail, 35, memuat naik foto alat ujian kehamilan dan mengucapkan syukur di atas kurniaan tersebut.

"Bismillahirahmanirahim! Alhamdulillah satu berita gembira untuk kami sekeluarga

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Bantu Tomok Bagi Tip Tugasan Universiti

ARTIKEL BERKAITAN: Ada Sebab Tomok Enggan Anak Jadi Artis

"Ayah doakan ibu di permudahkan segalanya. Arrian dengan Andra nak dapat adik! Alhamdulillah.. terima kasih Allah!," tulisnya.

Pada alat ujian kehamilan tersebut memaparkan usia kandungan sudah melebihi tiga minggu.

Tomok berkongsi perasaan gembira apabila isterinya kini hamil tiga minggu.

Terdahulu, Tomok berkahwin dengan Rahayu Abbas pada 2 Julai 2011.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Arrianshah Akid, 8, dan Andrashah Iman, 5 tahun.

Sementara itu, menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan.

"Tahniah Tomok, mesti dapat baby girl pula kan? Alhamdulillah... semoga dipermudahkan dan selamat bersalin nanti.

"Ya Allah nikmatnya, tahniah... baru tengok semalam famili Tomok dengan kapsyen 'keluarga kecil kami', hari ini keluarga makin membesarlah," komen pengikut.

Tomok

Artikel Lain