suria

Hasrat ‘rider’ Grabfood nak bergambar dengan Fazley Yaakob tak kesampaian - “Nak selfie tapi takut langgar SOP”

Fazley memuji sikap amanah dan komitmen ketika bekerja yang ditunjukkan oleh seorang penghantar makanan.

GARA-GARA patuh dengan etika kerja, hasrat seorang penghantar makanan untuk bergambar dengan cef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob tidak kesampaian dan niatnya itu hanya dapat diluahkan menerusi laman sosial.

Kagum dengan komitmen kerja yang ditunjukkan pemuda tersebut, Fazley berharap mereka dapat bertemu satu hari nanti.

"Buat rider Grab yang satu ini, saya kagum kerana anda tetap menjaga etika kerja dan prosedur operasi standard (SOP) walaupun dalam hati teringin nak selfie. Insya-Allah kita selfie di luar waktu kerja okay @mhmdfhkrazzi_ ?

ARTIKEL BERKAITAN: "Rasa seram sejuk!" Apa Fazley Yaakob buat dalam hutan?

ARTIKEL BERKAITAN: “Perjalanan 13 jam, tandas pula tutup” - Isteri Fazley Yaakob lepas 'hajat' dalam semak

"Buat semua riders, terima kasih banyak kerana sentiasa berusaha sehabis baik untuk menghantar makanan yang dipesan. Kepada kita semua, sama-sama kita ingat bahawa riders juga manusia biasa," katanya.

Perkongsian Fazley di Instagram memuji tindakan seorang penghantar makanan.

Fazley berkongsi mengenai pengalamannya menggunakan khidmat penghantaran makanan itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Menerusi muat naik tersebut, penyanyi lagu Wo Ai De Ni ini turut berkongsi paparan skrin perbualannya dengan pemuda tersebut.

"Saya peminat datuk dalam (program masakan) Masterchef sebenarnya, majalah Mangga dulu pun sama, tak sangka pula.

"Nak minta selfie tapi takut langgar SOP! Hehehe," tulis lelaki berkenaan.

Pemuda tersebut memuji sikap merendah diri Fazley.

Dalam pada itu, Fazley juga meninggalkan pesanan kepada pengikutnya untuk sentiasa beradab dan menjaga perbualan sesama manusia.

"Tiada salahnya jika kita sentiasa berkomunikasi penuh sopan santun di dalam chat sekali pun. Walau tak kenal mereka siapa secara peribadi.

"Ucapan terima kasih dan memberikan mereka lima bintang akan membantu mereka untuk terus bersemangat mencari rezeki dan menghantar rezeki buat kita," katanya.

Perkongsian Fazley itu menerima reaksi positif pengikut dan rata-ratanya memuji tindakan penghantar makanan tersebut.

Fazley Yaakob

Artikel Lain