“Majlis untuk wanita sahaja” - Puteri Sarah jawab pertanyaan tidak nampak Syamsul pada majlis akikah anak keduanya - Hiburan | mStar

“Majlis untuk wanita sahaja” - Puteri Sarah jawab pertanyaan tidak nampak Syamsul pada majlis akikah anak keduanya

Peminat bertanyakan mengenai kehadiran suaminya di majlis akikah tersebut.

PERKONGSIAN pelakon Puteri Sarah Liyana sepanjang majlis akikah anak keduanya iaitu Sumayyah Mohd Shamsul yang berlangsung pada Ahad menarik perhatian peminat.

Ini berikutan suaminya yang juga pengarah filem dan pelakon iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan pada foto yang dimuat naik oleh wanita itu.

Ia mengundang komen seorang pengikut yang bertanyakan mengenai kehadiran pengarah filem Munafik tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Sumayyah nama anak kedua Syamsul dan Puteri Sarah

"Bang Syamsul tidak kelihatan sis," komen seorang pengikut di foto yang di muat naik di Instagram.

Puteri Sarah menjawab pertanyaan seorang peminat.

Menjawab pertanyaan pengikut itu, Puteri Sarah memberitahu majlis tersebut hanya dihadiri oleh wanita sahaja dan diuruskan oleh ibu serta bapa mertuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail.

Mereka sepakat membuat kelainan dengan mengundang tetamu wanita bagi majlis akikah untuk Sumayyah itu.

"Majlisnya wanita sahaja, terima kasih kepada mereka yang datang memeriahkan.

Ketiadaan suami pada foto mengundang pertanyaan peminat.

"Terima kasih kepada ibu dan bapa mertua anjurkan majlis akikah Sumayyah, kali ini akikah kita buat lain sikit," katanya.

Foto yang dikongsi di Instagram Puteri Sarah itu menerima lebih 50,000 tanda suka.

Puteri Sarah dan Sumayyah yang kini berusia lima bulan mengenakan pakaian sedondon dalam rona merah jambu sepanjang majlis tersebut.

Pelakon drama Cinta Antara Kita ini berkahwin dengan Shamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 2, dan Sumaiyyah yang dilahirkan pada 16 Mac lalu.

Puteri Sarah Liyana , Syamsul Yusof

Artikel Lain