suria

Sumayyah nama anak kedua Syamsul dan Puteri Sarah

Syamsul memangku anak keduanya yang diberi nama Sumayyah Mohd Syamsul. Foto Instagram @syamsulyusoffilm

ISTERI kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 3.30 petang Sabtu.

Syamsul, 35, memberitahu mereka sepakat memberikan nama Sumayyah Mohd Syamsul untuk anak kedua mereka itu.

Pengarah filem Munafik itu juga memaklumkan bayi mereka dilahirkan dengan berat tiga kilogram.

"Alhamdulillah Maha Suci Allah Maha Pemberi Segala Rezeki... Anak kedua kami selamat dilahirkan pukul 3.30 petang tadi.

Pasangan ini bersama anak lelaki mereka, Syaikul Mohd Syamsul.

"Kali ini Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd Syamsul.

"Alhamdulillah terima kasih semua yang mendoakan...#tangisanKesyukuran," tulisnya.

Pasangan itu berkahwin pada 8 Mac 2014 dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Syaikul Islam, dua tahun.

Syamsul Yusof, Puteri Sarah

Artikel Lain