“Itu bukan video penuh, akaun @Igkelantan cuba jadi batu api” - Caprice mohon maaf kepada rakyat Kelantan yang tersinggung - Hiburan | mStar

“Itu bukan video penuh, akaun @Igkelantan cuba jadi batu api” - Caprice mohon maaf kepada rakyat Kelantan yang tersinggung

Caprice menyelar tindakan pengendali akaun @igkelantan yang memuat naik semula salinan videonya tempoh hari.

PENYANYI rap Caprice menyelar tindakan pengendali sebuah akaun di Instagram @igkelantan yang memuat naik semula salinan video miliknya sehingga mencetuskan kekecohan di laman sosial.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 31, berkata, isu berkenaan menjadi bertambah buruk apabila pengendali akaun berkenaan hanya mengambil sebahagian daripada video itu sehingga netizen tersalah anggap maksud sebenar yang cuba disampaikannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Caprice hina orang Kelantan tak faham bahasa Inggeris, NGO Anak Kelantan tersinggung... gesa polis siasat

ARTIKEL BERKAITAN: PU Abu 'sound' Caprice? - “Cari dekat Padang Mahsyar untuk minta maaf... bang, bang, bang”

"Mereka sepatutnya buat laporan kepada @igkelantan kerana akaun itu punca kepada isu ini.

Persatuan NGO Anak Kelantan membuat laporan polis terhadap Caprice.

"Saya sudah memadam video berkenaan selepas saya sedar kebanyakan mereka tak baca kapsyen pada video itu. Mereka tak faham saya buat video itu sebab memerli mereka.

"Lagipun apa yang @igkelantan post itu bukan video penuh. Mereka hanya ambil part yang itu sahaja," jelasnya kepada mStar.

Selain itu, penyanyi lagu Wat Lek Wat Peace ini meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Anak Kelantan untuk mengambil tindakan ke atas akaun Instagram yang didakwa memperbesarkan isu berkenaan.

Caprice turut memohon maaf terhadap semua yang tersinggung dan salah faham dengan video yang disebarkan akaun tersebut.

Kalau betul nak ambil tindakan, pastikan anda ambil tindakan terhadap saya dan @igkelantan.

CAPRICE

PENYANYI RAP

"Kalau betul nak ambil tindakan, pastikan anda ambil tindakan terhadap saya dan igkelantan. Kalau nak ikutkan saya malas nak besarkan isu ini. Lebih baik Anak Kelantan bekerjasama dengan saya untuk mempromosi Islam.

"Rakyat Malaysia perlu bersatu dan tidak terlalu fokus akan isu rasis. Saya memohon maaf kepada kumpulan Anak muda Kelantan dan rakyat Kelantan jika mereka terasa berkenaan posting itu. Tetapi tindakan IG kelantan itu ibarat batu api kerana mengambil video tanpa kapsyen di posting berkenaan," ujarnya.

Terdahulu, Caprice memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya mempersoalkan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan pada majlis ceramah agama Dr Zakir Naik di Stadium Sultan Muhammad IV dan menganggap mereka tidak memahami bahasa Inggeris yang disampaikan penceramah terbabit.

Susulan itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Caprice atas dakwaan menghina rakyat negeri itu pada Ahad.

Caprice , Anak Kelantan

Artikel Lain