suria

Khemah terbang, bekalan elektrik terputus akibat ribut, Kumpulan Lit Band terpaksa buat persembahan secara akustik

Persembahan kumpulan Lit Band dilanda ribut sehingga memusnahkan kelengkapan persembahan.

KUMPULAN baharu Lit Band berdepan detik cemas apabila sesi ujian suara (sound check) yang dilakukan untuk menjayakan sebuah program dilanda ribut dan angin kencang sehingga menerbangkan khemah dan peralatan muzik mereka.

Vokalisnya, Aiman berkata, kejadian yang berlaku bulan lalu itu menyebabkan mereka terpaksa membuat persembahan secara akustik berikutan bekalan elektrik di lokasi itu terputus. 

Kejadian yang berlaku di Bentong, Pahang itu menjadi kenangan tidak dapat dilupakan sepanjang empat tahun pembabitan mereka dalam industri muzik.

Lokasi persembahan Lit Band di Bentong, Pahang musnah dilanda ribut.

"Baru-baru ini kami berhadapan situasi getir apabila sesi sound check untuk sebuah persembahan terbantut kerana lokasi tersebut dilanda ribut dan angin kencang sehingga menerbangkan khemah serta memusnahkan pentas persembahan. 

"Malah beberapa batang pokok berhampiran turut tumbang dan menghempap memusnahkan beberapa kelengkapan persembahan.

"Ini kali kali pertama kami berhadapan situasi demikian, memang kelam kabut jadinya namun nasib tiada yang cedera. Namun persembahan masih diteruskan tapi hanya secara akustik sahaja," katanya.

Selain Aiman, Lit Band turut dianggotai Adam selaku pemain dram, Aniq sebagai pemain gitar dan juga Dinie sebagai pemain bass.

Dalam pada itu, mengulas tentang single pertama mereka berjudul Hasrat, Aiman menjelaskan ia merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Apit daripada kumpulan Projector Band.

Lit Band dianggotai Aniq, Aiman, Adam dan Dinie.

"Alhamdulillah video persembahan yang sering di muat naik di Youtube berjaya menarik minat Apit untuk diketengahkan.

"Single Hasrat juga mendapat pelbagai maklum balas positif daripada pendengar, namun kami tidak meletakkan sebarang harapan terlalu tinggi kerana masih baru,"jelasnya.

lit band

Artikel Lain