Anak Eizlan Yusof terbabit kemalangan dalam perjalanan ke lokasi penggambaran 'Mak Cun'

Erma Fatima berkongsi foto kejadian kemalangan di Instagram miliknya pada Khamis.

ANAK kepada pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Zareef Yusof, 9, terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima pada Khamis.

Berita itu dikongsi oleh penerbit Erma Fatima yang sebelum itu ada memuat naik foto kejadian di Instagram miliknya.

Menurut Erma, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu, kereta Toyota Vios yang dipandu ibu saudaranya bertembung dengan sebuah kereta lain dari arah bertentangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Benda dah lepas, biarkan ia berlalu” - Pengarah drama 'Bukan Cinta Aku' mengaku silap, terlepas pandang

"Zareef iaitu anak kepada Eizlan dan pemandunya ada dalam kenderaan semasa perjalanan ke set shooting Mak Cun di Kuala Selangor.

Erma berkongsi keadaan semasa kemalangan di Instagram.

"Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi dan kereta dinaiki mereka bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan.

"Semasa kejadian saya juga dalam perjalanan dan terkejut melihat ada kemalangan dan tak sangka mereka yang berada dalam kenderaan itu," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Erma memberitahu kesemua mangsa terlibat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Zareef bersama Erma di set penggambaran drama Mak Cun.

"Alhamdulillah semuanya selamat, tiada sebarang kecederaan dan baik-baik sahaja.

"Bagaimanapun, mereka tetap dibawa ke hospital bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erma berkata mereka akan meneruskan penggambaran Mak Cun seperti biasa memandangkan hari ini merupakan hari terakhir penggambaran.

Erma Fatima, Zareef Yusof

Artikel Berkaitan

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain