Reza Hasbi kesal masih dituduh pemalas... Syukur dah ada 'job'! “Saya tak akan ambil duit fakir miskin” - Hiburan | mStar

Reza Hasbi kesal masih dituduh pemalas... Syukur dah ada 'job'! “Saya tak akan ambil duit fakir miskin”

Selepas kisah kesempitan hidup tular, Reza mula menerima tawaran lakonan. Foto Instagram @reza.hasbi

PELAKON Reza Hasbi sedih apabila terus menjadi mangsa kecaman netizen berikutan luahan mengenai kesempitan hidup sehingga merancang membuat permohonan bantuan di pusat zakat pada hujung Mei lalu menjadi tular di media sosial.

Menurut Reza, 30, sehingga kini dia masih menerima mesej berbentuk sindiran daripada netizen yang mempersoalkan niatnya meminta bantuan zakat dan beranggapan dia seorang yang pemalas dan cuba mengambil hak orang lain yang lebih susah.

"Setelah sebulan berkongsi cerita mengenai kesempitan hidup, masih ada netizen yang sindir dan perli-perli saya serta keluarga di laman sosial kononnya pemalas dan nak ambil hak orang lain yang lebih susah.

ARTIKEL BERKAITAN: Reza Hasbi tak mampu beli susu, lampin anak, “Balik kampung pun pinjam mak, sampai rasa nak minta zakat”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku tak malu badan bau ketiak”- Reza Hasbi jadi kontraktor kampung, ambil upah pasang siling rumah

"Sebenarnya, saya bukanlah nak minta zakat yang diperuntukan untuk orang fakir miskin, sebaliknya hanya terfikir untuk memohon zakat bagi memulakan perniagaan atau apa-apa yang sesuai dengan keadaan saya.

"Saya pun masih sedar diri dan tak akan ambil hak orang lain. Ada orang lebih susah dan layak untuk menerima zakat itu," katanya kepada mStar.

Isteri terkejut apabila membaca luahan kesempitan hidup Reza tular di media sosial.

Reza sebelum ini menerusi laporan mStar pada 30 Mei lalu mendedahkan dia berhadapan dengan situasi memeritkan apabila terpaksa meminta ihsan ibu bapa demi meneruskan kehidupan.

Perkara itu terjadi disebabkan lebih dua bulan dia tidak menerima mana-mana tawaran berlakon.

Rata-rata netizen mengkritik niatnya untuk memohon bantuan zakat sehingga membuatkan isterinya, Rosedarlila berang dan memuat naik status di Instagram.

Menurut Reza, isterinya ketika itu terkejut apabila dia menjadi sebutan di media sosial dan masih belum biasa dengan kecaman netizen.

"Isteri terkejut apabila ramai orang tag dia mengenai artikel luahan perasaan saya itu di laman sosial, biasalah sebagai isteri mesti ada sedikit perasaan emosi apabila orang bercakap tentang keluarga.

Selepas kisah kesempitan hidup tular, Reza menerima beberapa tawaran lakonan.

"Lagipun dia tak biasa dengan kecaman netizen dan saya pun tak boleh nak buat apa bila dia marah, tapi sekarang dia sudah faham dan keadaan semuanya sudah okay seperti biasa," ujarnya.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, Reza atau nama sebenarnya Muhammad Ridzuan Habullah memberitahu dia ada menerima beberapa tawaran berlakon drama dan filem.

Selain itu, dia juga membantu menjual produk milik seorang usahawan dan ikon fesyen terkenal.

"Alhamdulillah saya ada terima beberapa tawaran berlakon drama dan filem. Walaupun hanya watak sampingan, sedikit sebanyak ia membantu saya menjana pendapatan untuk keluarga.

"Saya juga ada membantu menjual produk keluaran Wak Doyok dan apa yang boleh saya kata, rezeki saya bertambah selepas apa yang telah berlaku," katanya.

Reza Hasbi

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp