suria

“Dah lima jam keluar tak balik lagi” - Zahid minta bantuan orang ramai kesan bapa

Zahid minta bantuan orang ramai mengesan bapanya. Foto Instagram @zahidbaharudin

PENYANYI Zahid memohon bantuan orang ramai untuk menghubunginya jika terlihat kenderaan yang dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.

Menurut Zahid, ayahnya itu memandu kenderaan jenis Proton Preve bersendirian dan tidak dapat dikesan setelah lima jam keluar daripada rumah.

"Dah lima jam keluar ni tak balik-balik lagi. Harap sesiapa yang di area Perak terutamanya, take note no plat DCS 6092 ye.

"Siapa-siapa area Teluk Intan yang nampak kereta Preve silver sila tahan dan maklumkan pada saya.

Perkongsian Zahid di Instagram pada Ahad.

"Sebab papa saya dia bawak kereta dan tak ingat dia nak pergi mana, mohon bantuan kawan-kawan," katanya.

Zahid berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi Instagram pada Ahad.

Menerusi ruangan Insta Story pula, penyanyi lagu Biar Aku Yang Tahu ini turut memuat naik foto terkini bapanya.

Menjawab pertanyaan seorang pengikut di laman tersebut, Zahid memberitahu ayahnya itu masih belum ditemui.

Zahid Baharudin

Artikel Lain