suria

Peminat cilik ajak Alif Satar kahwin, minta bapa sampaikan surat cinta ketika solat Jumaat

Bapa pemilik cilik itu memberikan surat anaknya kepada Alif.

SEORANG kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Humaira mencuri perhatian netizen apabila menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan artis kesayangannya Alif Satar.

Menerusi perkongsian sepupunya, Shah, Humaira yang berusia lapan tahun itu meminta bapanya untuk menyampaikan surat tersebut ketika solat Jumaat.

Surat cinta itu meluahkan rasa cinta dan hasrat untuk berkahwin dengan penyanyi lagu Sesungguhnya.


Humaira meluahkan rasa cinta dan hasrat untuk berkahwin dengan Alif.

"Surat cinta. Hello, Alif Satar. Saya cintakan awak, awak pelakon. Saya nak kahwin dengan awak, Alif Satar," tulisnya.

Rata-rata netizen menyifatkan surat yang ditulis Humaira kepada Alif sebagai mencuit hati.

Foto yang dimuat naik tersebut mendapat lebih 7900 ulang kicau (retweet) dan tanda suka sebanyak 7300 di laman sosial.

Luahan perasaan peminat cilik kepada Alif.

Menerusi pengkongsian tersebut, Alif dilihat sudah menerima surat tersebut ketika berada di masjid pada Jumaat.

Surat itu disampaikan sendiri oleh bapanya yang merupakan rakan jemaah solat Jumaat.

Shah juga memberitahu, Humaira menerima ucapan hari jadi istimewa daripada Alif Satar minggu lalu sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terlalu teruja sehingga meluahkan isi hati untuk berkahwin.

Alif Satar, Surat Cinta

Artikel Lain