“Saya doakan akal mereka berfungsi dengan normal” - Foto seksi Reen Rahim jadi modal bualan lucah - Hiburan | mStar

“Saya doakan akal mereka berfungsi dengan normal” - Foto seksi Reen Rahim jadi modal bualan lucah

TINDAKAN pelakon Reen Rahim memuat naik beberapa foto berpakaian seksi ketika sedang bercuti di sebuah pulau mengundang komen lucah segelintir netizen.

Malah, ada yang mengecam pemakaian pelakon itu terlalu seksi serta tidak bersesuaian dengan watak baik sering dilakonkannya dalam drama.

Menurut Reen, 31, dia hanya menjadi dirinya yang sebenar dan penonton harus bijak membezakan antara lakonan dan realiti.

"Acting is my passion... saya sentiasa teruja dengan watak yang datang pada saya. Tak kira lah watak itu baik atau jahat, InsyaAllah saya akan menghidupkan watak itu.

"Dan sebenarnya bila penonton mengharap dalam kehidupan sebenar saya seperti watak itu, saya anggap ia tanda yang positif.

Reen gemar berkongsi foto ketika sedang bercuti.

"Bermakna lakonan sampai ke hati mereka dan saya yakin semua penonton kita bijak dan akan faham hakikat lakonan dan realiti sebenar adalah berbeza," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Jalin cinta jarak jauh, Reen Rahim belum rancang kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Reen Rahim dituduh tak ikhlas beri salam dan buat mimik muka

Tambahnya lagi, segala kecaman mengenai imej seksi yang dilemparkan terhadapnya itu diambil secara positif.

Malah, Reen turut mendoakan mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya agar tenang dan menjadi manusia yang bijak menegur.

"Dah memang nama pun manusia... Masing-masing ada hak mereka.

"Saya menerima secara positif segala teguran dan kecaman. Saya berharap doa yang baik-baik.

"Kepada netizen yang kurang bijak mengunakan kata-kata kesat tu, saya doakan semoga hati mereka tenang dan akal mereka berfungsi dengan normal agar menjadi manusia yang bijak menegur," katanya.

Reen Rahim , seksi

Artikel Lain

Cik Puan Muda Pahang kemalangan