suria

Sharnaaz adakan solat hajat, jemput orang ramai hadir doakan kesihatan Jebat

Sharnaaz ajak orang ramai sertai solat hajat untuk Jebat.

PELAKON Sharnaaz Ahmad akan mengadakan solat sunat hajat pada malam Selasa untuk mendoakan kesihatan anaknya Jebat Jaden yang kini masih belum pulih akibat jangkitan pada salur kencing (UTI).

Sharnaaz menerusi perkongsian di Instagram miliknya turut menjemput orang ramai untuk sama-sama hadir di Masjid Asy-Syakirin Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Sharnaaz jemput orang ramai hadir solat hajat doakan kesihatan anaknya.

"Sesiapa yang free dan berdekatan boleh jemput hadir di Masjid Asy-Syakirin (KLCC) malam ini, selepas solat tarawikh lebih kurang jam 10 lebih dijemput solat tarawikh bersama.

"Sama-sama membantu di bulan mulia ini. Untuk yang belum tahu, Jebat kena UTI, dan ada block di salur kencing dia," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Doakan anak saya selamat”- Keadaan kesihatan anak Sharnaaz masih belum stabil

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan Sharnaaz dan isteri dalam proses pemulihan, anak terkena jangkitan saluran kencing


Hubungan Sharnaaz dan isterinya Nabila dalam proses pemulihan.

Sebelum ini pada Isnin, pelakon Juvana itu memberitahu kesihatan anak lelakinya yang kini berusia lapan bulan itu masih belum pulih selepas menjalani pembedahan pada Khamis lalu.

"Jebat dah selesai jalani operation. Namun tak pulih dengan baik tapi syukur sedikit demi sedikit nampak perubahan positif hari demi hari," ujarnya.

Jebat yang dilahirkan pada 30 Ogos tahun lalu ialah anak sulung hasil perkahwinan Sharnaaz dengan Noor Nabila Mohd Noor.

Sharnaaz dan Nabila, 35, berkahwin pada 31 Mac 2017.

Sharnaaz Ahmad

Artikel Lain