“Zahnita patut tegur secara peribadi” - Neelofa ulas diminta berhenti berangan! - Hiburan | mStar

“Zahnita patut tegur secara peribadi” - Neelofa ulas diminta berhenti berangan!

Neelofa tidak marah dan terasa hati dengan teguran Zahnita di laman sosial.

PENGACARA dan pelakon Neelofa memberitahu dia tidak menyimpan perasaan marah atau terasa hati dengan kenyataan Zahnita Wilson di laman Instagram model tersebut.

Neelofa, 30, berkata dia memahami mesej yang cuba disampaikan namun mengharapkan lebih baik jika teguran itu diberikan kepadanya secara peribadi.

"Bila saya lihat posting itu, saya tak rasa marah atau terasa hati pun dengan dia, cuma pelik saja.

"Saya faham mesej disebalik yang dia cuba sampaikan. Mungkin lebih manis kalau dia cakap terus kepada saya atau melalui team saya yang dia kenal.

Zahnita memberi pengingatan kepada Neelofa.

"Saya anggap benda ini biasa dan perkara kecil sahaja sebab ramai yang buat cuma dia dikenali, benda ni jadi kecoh," katanya kepada mStar.

Neelofa ditemui ketika majlis berbuka puasa Neelofa X Chatime di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya pada Jumaat.

Baru-baru ini, Zahnita memuat naik paparan skrin daripada Instagram Neelofa dalam akaun peribadinya.

Paparan skrin yang memperlihatkan Neelofa dilantik sebagai wajah rasmi Swarovski itu membuatkan Zahnita, selaku mentor Neelofa ketika Dewi Remaja suatu ketika dulu memberikannya nasihat dan peringatan.

Dia meminta hos Meletop itu untuk berhenti berangan kerana ada beratus keluarga menderita di seberang gurun tempat penggambaran dijalankan.

Neelofa ambil secara positif.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, Zahnita ada menghantar mesej peribadi di laman Instagramnya selepas perkara itu menjadi tular.

"Sejujurnya saya tak mengikuti dia di Instagram tapi dia akan DM saya hantar beberapa video dan aktiviti yang dilakukan selepas isu ini dah kecoh.

"Saya ambil dari sudut positif dan ada mesej-mesej yang disampaikan itu ada pandangan yang betul," ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa dan Chatime Malaysia Sdn. Bhd. (Chatime) menjalin kerjasama dengan membuka cawangan Chatime Signature yang pertama di negara ini.

Bagaimanapun lokasi pembukaan cawangan terbaharu berkonsepkan kafe tersebut masih dalam perbincangan namun dijangka dilancarkan pada hujung tahun ini.

Neelofa , Zahnita

Artikel Lain