Aliff Aziz rindu anak, minta terus diingati dalam hati

Aliff meluahkan rasa rindu terhadapnya anaknya.

SELEPAS hampir seminggu bercerai, penyanyi Aliff Aziz memuat naik foto bersama anaknya di laman sosial pada malam Jumaat.

Aliff, 28, meluahkan perasaan rindu dan berharap anaknya Ayden sentiasa mengingati dirinya.

"Saya rindu awak, Junior. Simpan ayah dalam hati kami seperti mana kamu selalu ada dalam hati ayah," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mungkin Allah nak tunjukkan kepada saya…” - Aliff menangis, Bella nampak kuat!


Hafiza memberi semangat untuk Aliff teruskan kehidupan.

Aliff berkahwin dengan Bella Astilah pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Rumah tangga pasangan ini sering dihimpit kontroversi apabila penyanyi Sayang Sayang itu beberapa kali tertangkap berlaku curang.

Sementara itu, pada hantaran yang sama, Aliff tidak menutup ruangan komen dan membalas komen-komen daripada netizen.

Pelbagai komen termasuk kata-kata semangat berharap Aliff tidak mengulangi perbuatannya dan kembali semula kepada bekas isterinya itu.

Ada segelintir netizen mendoakan agar Aliff berubah dan rujuk semula dengan Bella.

Turut meninggalkan pesan ialah ibunya Siti Hafiza yang meminta Aliff menjadikan ia sebagai pengajaran.

"Apa yang terjadi dijadikan pelajaran jitu dan teruskan kehidupan walau sepahit mana pun perasaan.

"Insya-Allah langit tidak akan selalu mendung, ia pasti berlalu dan matahari akan kembali menyinar dengan izin Allah," katanya.

Aliff Aziz, Bella Astillah, Ayden

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Artikel Lain