suria

“Saya tahan sakit perut kena belah” - Nourul Wahab selamat lahirkan Isabella

Nourul melahirkan bayinya yang diberi nama Isabella secara pembedahan.

PENYANYI Nourul Wahab meluahkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan anak perempuannya yang diberi nama Isabella Depp pada pukul 11.12 malam, Selasa.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 40, berkata tekaan anak keduanya, Raphael Depp tepat apabila dia melahirkan bayinya secara pembedahan.

"Assalammulaikum. Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan seorang puteri. Terima kasih kami ucapakan kepada semua yang mendoakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nourul Wahab jatuh tandas, syukur bayi dalam kandungan selamat


Nourul selamat melahirkan anak perempuannya.

"Terfikir pula Rafael cakap haritu, 'Mama kalau sakit pergilah hospital, suruh doktor belah seminit lepas tu tak sakit'.

"Memang betul kena belah perut. Sebab dia nak keluar ikut tingkap," kata Nourul menerusi Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Nourul memberitahu bayinya kini dalam keadaan sihat dan dia juga perlu berehat selepas melalui proses pembedahan.

Kata Nourul lagi, dia berjanji akan berkongsi foto wajah anaknya itu kepada umum apabila sudah tiba masa yang sesuai.

Nourul dan keluarga terima kehadiran orang baharu.

"Alhamdulillah, Isabella dalam keadaan sihat dan tengah tidur. Yang DM tu nanti saya balas sebab duk menahan sakit perut kena belah.

"Insya-Allah nanti dah sampai masa kami kongsi gambar," ujarnya.

Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Zachary Depp dan Raphael Depp.

Selain itu, Nourul juga mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah berusia 20 tahun hasil perkahwinan terdahulu dengan komposer Ajai

Nourul Wahab

Artikel Lain