Rashidi sekali lagi kongsi foto wanita, kali ini semuanya dah jelas

Rashidi jelaskan hubungan dengan wanita tersebut.

PELAKON Rashidi Ishak akhirnya tampil menjelaskan mengenai spekulasi sudah menjalinkan hubungan istimewa selepas foto bersama wanita bernama Mishael Lee itu tular di media sosial.

Tegas Rashidi, mereka tidak mempunyai sebarang hubungan dan menganggap perkara itu hanya sebuah spekulasi semata-mata.

"Namanya adalah Mishael Lee. Kami baru sahaja bertemu. Walaupun spekulasi berlaku, namun ia hanya spekulasi. Kami tidak mempunyai sebarang hubungan.

"Ini adalah perkara yang sangat peribadi, tetapi saya perlu membersihkan apa-apa salah faham dan tanggapan daripada posting saya sebelum ini. Tolong hormati dia. Mishael Lee saya harap anda ok," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rashidi sudah temui pengganti?

Rashidi muat naik foto dan penjelasan tentang wanita terbabit.

Sebelum ini, pelakon filem BU itu menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik foto bersama seorang wanita di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, Rashidi memadam foto terbabit selepas ia menjadi tular dan menimbulkan spekulasi pelbagai pihak berkaitan hubungan tersebut.

Pada Ahad lalu, menerusi mStar, Rashidi enggan memberi sebarang kenyataan tentang perkara itu.

Manakala, wanita itu memuat naik status menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar kawan.

Rashidi sah bercerai dengan pelakon Vanidah Imran pada 9 Ogos 2018 selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 18, dan Mariyam Rashika, yang berusia 15 tahun.


Artikel Berkaitan

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain