Kaka Azraff tak sabar nak mengandung, idam anak perempuan - Hiburan | mStar

Kaka Azraff tak sabar nak mengandung, idam anak perempuan

Kaka berharap dikurniakan zuriat secepat mungkin. Foto Instagram @kakaazraff

PENYANYI Kaka Azraff memberitahu dia sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga dengan Adam Azriff pada Disember tahun lalu.

Menurut Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 30, dia dan suami sudah bersedia memiliki zuriat dan dikurniakan anak sulung perempuan.

"Saya memang dah bersedia nak jadi ibu, malah suami pun sama. Sekarang ini dalam 'proses' itu. Tak ada rancang-rancang, jika ada rezeki kami terima sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kahwin empat hari, Kaka Azraff dedah sikap sebenar suami

Kaka dan suami tak sabar nak timang anak.

"Insya-Allah, kalau ada berita kehamilan saya akan kongsi dengan semua. Tak sabar sangat sebab saya suka baby dan kalau boleh nak cepat-cepat. Doa-doakan ya!," katanya kepada mStar.

Kaka dan Adam, 25, disatukan sebagai suami-isteri pada 14 Disember tahun lalu selepas dirisik oleh keluarga pemuda itu sebulan sebelum itu.

Ditanya mengenai jumlah anak yang dimahukan, Kaka berkata dia tidak kisah jika dikurniakan ramai zuriat.

Kaka tak kisah ada ramai anak.

"Selagi boleh mengandung, selagi kilang boleh proses, kita on saja! Saya dan suami tak kisah berapa orang anak yang akan dapat.

"Sekarang ini saya serahkan semuanya kepada rezeki dan terima selagi mampu. Tapi anak pertama kalau boleh saya nak anak perempuan sebab saya suka cantik-cantik.

"Tapi kita berserah sahaja, suami pun tak kisah lelaki ke perempuan!," ujarnya.

Kaka Azraff

Artikel Sebelum