Orang Lembah Klang jangan lepaskan peluang sarapan percuma bersama Suria - Hiburan | mStar

Orang Lembah Klang jangan lepaskan peluang sarapan percuma bersama Suria

Acara Suria Belanja Makan mendapat sambutan baik di Melaka sabtu lepas.

SELEPAS program acara Suria Belanja Makan berjaya mendapat sambutan hangat di Melaka Sabtu lalu, kali ini stesen radio Suria sekali lagi memberi peluang kepada warga Lembah Klang untuk bersarapan bersama barisan penyampai Suria pada 20 April ini.

Lokasi yang menjadi pilihan Suria pada kali ini adalah di Restoran Rebung Dato Chef Ismail, Kuala Lumpur yang akan bermula pada jam 9.00 pagi dan paling penting, sarapan adalah percuma.

Dengan hanya menunjukkan aplikasi SURIA yang telah dimuat turun di telefon pintar dan bukti mengikuti media sosial Instagram Suria Malaysia ketika acara berlangsung, 100 pendengar terawal akan diberikan peluang untuk sama-sama bersarapan bersama penyampai Suria.

Tidak lupa juga bagi pendengar yang hadir boleh merebut peluang membawa pulang hadiah wang tunai dan juga barangan eksklusif Suria serta dihiburkan dengan beberapa persembahan.

Selain itu, rebut peluang memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 menerusi peraduan Super Terer Suria bermula 8 hingga 26 April ini.

Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Suria Petang dan Suria Cinta. Peserta perlu meneka dua nama penyanyi dan tajuk lagu yang di 'mash-up' kan dalam masa 10 saat.

Dalam pada itu, Acara Suria Belanja Makan telah bermula sabtu lepas di Restoran Lot Lapan Lima, Jalan Hang Lipo dan kemudiannya di Mango Float Royale, Batu Berendam, Melaka.

Pendengar di Melaka bukan sahaja dapat makan tengah hari dan minum petang secara percuma malah dapat beramah mesra dan melakuka beberapa aktiviti bersama barisan penyampai Suria seperti Issey, Fizi Ali, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Suraya, Tyzo dan DJ Lin serta artis jemputan iaitu Megat Mentor dan Amir Masdi.

Lembah Klang , sarapan , percuma

Artikel Lain