“Asalnya bawa boxer labuh warna 'grey' tapi kena tolak”- Azhan Rani kongsi kisah di sebalik boxer pisang - Hiburan | mStar

“Asalnya bawa boxer labuh warna 'grey' tapi kena tolak”- Azhan Rani kongsi kisah di sebalik boxer pisang

Azhan Rani terima pelbagai kecaman gara-gara waran Ustaz Hamadi.

WATAK ustaz Hamadi yang dilakonkan oleh Azhan Rani dalam drama Nur 2 benar-benar memberi kesan kepada penonton.

Menerusi episod pada Rabu, pelakon berkenaan sekali lagi menimbulkan kemarahan netizen apabila cuba melepaskan nafsu terhadap watak utama Nur lakonan Amyra Rosli.

Lebih mendapat perhatian pada babak berkenaan apabila Azhan menyanyikan lagu viral Si Nopal dengan boxer bercorak pisang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengapa pelakon ‘Nur 2’ ragu-ragu? Azhan Rani paling lantang bersuara

ARTIKEL BERKAITAN: Azhan Rani tak peduli jumlah penonton yang penting penunggang agama sedar!

Pelbagai reaksi netizen terhadap boxer pisang yang dipakai oleh Azhan Rani.

Azhan pada posting di Instagram turut menceritakan kisah boxer pisang yang terpaksa dipakai dalam bebak tersebut.

"Video itu la reaksi pertama aku bila prop department tunjukkan boxer pisang tu.

"Asalnya aku dah bawak boxer agak labuh sikit warna dark grey  tapi pengarah kata tak berapa ngam sebab seluar aku pun dah hitam.

"Dia suruh propman kami cari yang lagi menyerlah kat pasaraya terdekat, sudahnya bila ditunjukkan pada aku itu itulah jadinya," ujarnya.

Drama Nur yang mengangkat kisah mengenai pelacur itu turut dibintangi Syafiq Kyle, Fatimah Abu Bakar, Jalaluddin Hassan, Azar Azmi.

Nur 2 bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di saluran Samrarinda di TV3.

View this post on Instagram

sebab dah ngantuk, aku post video yang organik punya.. (bak kata @therealfafau) takde edit apa2 pun .. ni fresh masa reharsal buat scene ni.. screenplay dia madi masuk rumah letak kunci kereta lalu ternampak si #nur kat tepi tu.. tu je.. 1st reharsal takde pun lagu tu.. pastu director kata agak kosong kalau nak tunggu aku masuk.. dia kata “an ko nyanyi apa2 sikit baru letak kunci..” aku, aku.. kena nyanyi??? hah hambek dah rasa tu aje ada dalam kepala itu la yang keluarnya.. video kedua tu .. itu la 1st reaction aku bila prop department tunjukkan boxer pishang tu.. asalnya aku dah bawak boxer agak labuh sikit warna dark grey .. director kata tak berapa ngam sebab seluar aku pun dah hitam.. dia suruh propman kami cari yang lagi menyerlah kat pasaraya terdekat.. sudahnya bila ditunjukkan pada aku itu lah dia .. itulah jadinya.. esok ada lagi #episod11 rupanya.. mati2 aku ingat esok jumaat.. maknanya korang akan ada banyak kerja jugak la esok nak membawang.. ok la.. selamat berdisscuss esok kat tempat kerja.. jumpa malam esok @tv3malaysia #episod11 #nur2 #arahan @budakijat @radiusone_official @dramaradiusone @dramasangat #jomkecamayahaji #terimakasihkeranasetiabersamakami

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Azhan Rani

Artikel Lain