suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dalam diam, rupa-rupanya lagi tiga bulan Juliana Evans bakal bergelar ibu!

Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffuddin bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Foto Instagram @julianaevans

PELAKON Che Puan Juliana Evans membuat kejutan apabila mengumumkan dia dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

Juliana, 29, memberitahu kandungannya kini sudah masuk bulan keenam selain tidak sabar untuk menanti kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

"Gembira untuk saya umumkan bahawa lagi tiga bulan saya akan bergelar seorang ibu.

"Saya dan suami sangat teruja untuk menimang cahaya mata serta tidak sabar untuk berkongsi berita gembira ini dengan anda semua. Alhamdulillah," katanya menerusi Instagram.

Juliana membuat pengumuman dirinya sedang hamil di Instagram.

Juliana turut memuat naik gambar terbaharunya yang memperlihatkan bahagian perutnya sudah membesar pada catatan itu.

Malah aktres itu turut berkongsi beberapa foto terbaharunya di Instastory.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin, 31, berkahwin pada 30 April 2017.

Juliana Evans

Artikel Lain