suria

Emma Maembong buka tudung, Sweet Qismina dapat tempias

Sweet terima teguran netizen secara positif.

GARA-gara memuat naik foto seksi ketika bercuti di Phuket, Thailand, netizen di laman sosial mengaitkan pelakon Sweet Qismina dengan isu Emma Maembong membuka tudung.

Menurut Sweet, 22, dia beranggapan ia mungkin waktu tidak sesuai untuk berkongsi foto tersebut memandangkan isu mengenai Emma hangat diperkatakan.

Bagaimanapun, pemilik nama Farhanna Qismina Supandi ini mengambil komen negatif dan teguran netizen itu secara positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak salah Sweet Qismina nak keluar dengan Adam Lee

ARTIKEL BERKAITAN: “Dalam tempoh bertudung saya cuba bulatkan hati” - Emma Maembong akhirnya buka tudung


Netizen kaitkan Sweet dengan isu Emma Maembong.

"Kalau ikutkan, saya pernah saja muat naik foto seperti itu ketika bercuti di pulau. Tapi waktu itu tak ada pula nak dikecohkan.

"Mungkin kali ini, waktu tidak sesuai sebab orang tengah hangat perkatakan isu tersebut sebab itu saya dikaitkan dengan Emma.

"Tapi saya ambil sahaja komen dan teguran netizen itu secara positif. Saya anggap mereka tegur sebab nak kita jadi lebih baik," katanya kepada mStar Online.

Sweet diminta mengulas mengenai komen-komen segelintir netizen di laman sosial yang mengatakan dia sama seperti Emma berpakaian seksi ketika berada di luar negara.

Foto Sweet ketika bercuti di Phuket mengundang kecaman.

Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Tiada Ganti ini memilih untuk menutup ruang komen di foto tersebut disebabkan tidak mahu ibunya membaca kata-kata netizen yang keterlaluan.

Kata Sweet, dia tidak kisah menerima sebarang kecaman kerana menjadi diri sendiri namun biarlah dengan teguran yang sepatutnya.

"Sebelum ini, saya memang tak akan tutup ruang komen di foto saya. Tapi kali ini, saya terpaksa buat sedemikian sebab netizen menggunakan perkataan yang tidak elok.

"Saya tak mahu ibu saya membaca dan rasa sedih disebabkan kata-kata tidak elok mereka itu. Ibu saya tak kisah sebab dia mengenali saya.

"Bukan saya takut dikecam, saya tak kisah pun orang nak kecam ni. Lebih baik saya jadi diri sendiri. Tapi kalau nak tegur tu, biarlah guna perkataan yang sesuai," ujarnya.

Sweet Qismina, Emma Maembong

Artikel Lain