suria

“Duit tak berkat tipu orang” - Anzalna tolak buat ulasan produk kehamilan

Anzalna enggan review produk tidak digunakan.

PELAKON Anzalna Nasir menjelaskan tindakannya menolak permintaan untuk membuat ulasan berbayar di Instagram berkaitan produk bayi dan kehamilan adalah untuk mengelakkan orang terpedaya.

Anzalna yang kini hamil empat bulan berkata, dia tidak mahu membuat ulasan produk yang tidak digunakan dan enggan memberi harapan palsu kepada orang lain.

"Ramai yang tawarkan untuk buat review produk untuk bayi dan hamil tapi saya menolak untuk melakukannya.

"Easy money for me tapi duit tu tak berkat dengan menipu orang. Jika saya tidak hamil sekalipun saya tidak terima untuk review produk yang saya tidak guna,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saat paling saya nantikan” - Anzalna umum hamil empat bulan

Anzalna kini hamil empat bulan.

Bagaimanapun, Anzalna berkata, dia tidak memberi persepsi buruk kepada orang lain yang membuat perkara itu.

Namun, katanya, ia seharusnya dilakukan dengan jujur dan ikhlas.

"Setiap orang berhak untuk buat ulasan produk tapi biarlah ikhlas dan jujur. Bukan hanya sebab duit sahaja.

"Bukan apa, saya kesian tengok orang cepat terpedaya,” ujarnya.

Anzalna Nasir

Artikel Lain