Hati hancur, kumbang bukan seekor konsep baju Sufian Suhaimi - Hatta Dolmat

Sufian Suhaimi memenangi kategori Persembahan Terbaik AJL33.

PEREKA fesyen Hatta Dolmat mendedahkan konsep baju penyanyi Sufian Suhaimi pada malam Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) yang berlangsung pada Ahad menggambarkan situasi patah hati dek kerana gagal dalam percintaan.

Hatta berkata, suntikan emosi dan kesedihan pada baju rekaannya menepati lirik lagu Di Matamu.

"Lagu itu dekat dengan kita terutama yang pernah melalui pengalaman putus cinta.

"Saya sendiri peminat lagu tersebut, jadi saya memberi gambaran hati yang pecah dan menyuntik kesedihan pada  baju tersebut.

"Pecahan pada dada sebelah kiri dan disamping brooch kumbang melambangkan kumbang bukan seekor," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Haram’ juara AJL33, Hael Husaini dan Ezra Kong rangkul anugerah dua tahun berturut-turut


Hatta reka baju Sufian Suhaimi.

Hatta sebagai pereka fesyen, dia bukan sahaja melihat konsep yang dimahukan seseorang penyanyi, malah turut memahami lagu berkenaan.

Katanya, secara tidak langsung, baju tersebut menyumbang kepada luahan perasaan sedih pada persembahan Sufian.

"Dia menyerahkan sepenuhnya kepada saya untuk buat baju yang sesuai. Dia mahu yang sederhana dan bila team kami berbincang dan dapatkan yang terbaik untuk persembahan itu.

"Lagu sedih jadi lagi sedih bila ditambah dengan konsep tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, persembahan Sufian pada malam AJL33 itu yang dimuat naik di saluran Youtube TV3 kini menduduki tangga pertama sohor kini Malaysia.

Lagu tersebut sudah mencecah satu juta tontonan selepas 16 jam di muat naik.

Pada malam AJL 33, lagu Di Matamu memenangi kategori Persembahan Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM12,000.

Sufian Suhaimi, Hatta Dolmat, AJL 33

Klik

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Artikel Lain