"Konon nak sorok, tapi client suka kalau tunjuk baby bump" - Anzalna Nasir - Hiburan | mStar

"Konon nak sorok, tapi client suka kalau tunjuk baby bump" - Anzalna Nasir

Peminat teruja melihat perut Anzalna yang sudah kelihatan 'baby bump'.

PELAKON Anzalna Nasir mengakui banyak menerima pertanyaan daripada peminatnya yang ingin tahu bagaimana dia boleh hamil selepas tiga tahun berkahwin.

Anzalna, 31, berkata dia akan berkongsi perkara tersebut di saluran Youtube miliknya namun semua yang terjadi atas keizinan Allah dan paling utama adalah kerjasama antara suami-isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saat paling saya nantikan" - Anzalna umum hamil empat bulan


Anzalna pertama kali menjalani sesi fotografi dalam keadaan dirinya sedang hamil.

"Hello makcik dan pakcik! Semalam pertama kali ikut mommy sesi fotografi. Mommy konon nak sorok perut tapi client cakap mommy kalau tunjuk perut lagi mereka suka.

"Alhamdulillah. Alamak... Anak I dah pandai mengadu! Hahaha... Ramai sangat yang minta kongsi macam mana Anzalna boleh mengandung.

"Insya-Allah saya akan berkongsi dengan anda semua. Tapi kena ingat, jadinya dengan izin Allah. Apa yang penting kerjasama," katanya.

Anzalna dan suaminya, Hanif.

Anzalna turut memuat naik video dia pertama kali menjalani sesi fotografi dalam keadaan dirinya kini sedang hamil empat bulan di laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Rata-rata peminat di laman sosial teruja melihat perut Anzalna yang sudah kelihatan 'baby bump' dan mereka tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya.

Anzalna berkongsi berita gembira kehamilannya menerusi laman sosial sempena ulang tahun kelahirannya pada 9 Januari lalu.

Anzalna dan suaminya yang juga ahli perniagaan iaitu Mohamad Hanif berkahwin pada 22 Februari 2016.

Anzalna Nasir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh