suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hubungan Azira Shafinaz dan Yasser Khan berakhir!

Azira Shafinaz kini solo kembali.

PELAKON Azira Shafinaz mengakui hubungan cinta selama enam tahun yang dibina bersama seorang lelaki bernama Yasser Khan sudah berakhir.

Azira, 28, berkata, keputusan untuk memilih haluan masing-masing adalah jalan terbaik mereka buat masa ini.

"Status sekarang single, baru sahaja putus cinta. Ia bukan disebabkan orang ketiga mahupun perselisihan faham, tapi ia jalan terbaik yang difikirkan untuk kami sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

Azira ditemui pada sidang media pelancaran Anugerah Juara Lagu ke 33 yang diadakan di Hotel Empire di sini, Khamis.

Azira Shafinaz (kiri) bersama salah seorang anggota DeFam iaitu Sofie Liana. FOTO: Low Boon Tat

Dia bersama kumpulannya DeFam bakal membawa lagu Bunga menggantikan Altimet di pentas AJL33 pada 3 Februari depan.

DeFam dianggotai oleh Cik Manggis, dan Sofie Liana.

Azira berkata, dia mahu meneruskan kehidupan baharu dan memberi fokus terhadap kerjaya seninya.

Bagaimanapun, pelakon Villa Ghazara itu berkata, dia belum bersedia untuk membuka pintu hatinya kepada lelaki lain.

"Saya mahu fokus kepada kerjaya seni dahulu. Sekarang belum masa yang sesuai untuk bercinta lagi," ujarnya.

Azira Shafinaz

Artikel Lain