suria

Yuna bercakap hubungan jarak jauh dengan suami dan sedia berehat jika hamil

Yuna lancar koleksi kasut dan beg tangan Yuna X Christy Ng.

PENYANYI Yuna memberitahu dia bersedia untuk berehat selama setahun jika diberi rezeki hamil.

Bagaimanapun, Yuna atau nama sebenarnya, Yunalis Zarai, 33, berkata, dia memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa komitmen yang sudah dirancang sebelum ke fasa tersebut.

“Sekarang ini saya ada beberapa rancangan terutamanya melancarkan album baru, InsyaAllah beri saya sedikit masa lagi.

“Saya tidak kisah jika berehat setahun dan menumpukan perhatian kepada proses kehamilan dan membesarkan bayi.

“Saya mahu melalui dan menikmati proses kehamilan itu dengan tenang, Insya-Allah sekarang ini saya dan suami masih jarak jauh,” ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Yuna, Adam Nikah Di Resort Berlatarbelakangkan Pergunungan

Penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut dan beg tangan Yuna X Christy Ng yang diadakan di Bukit Bintang City Centre.

Yuna berkahwin dengan Adam Yousof Mohamed Sinclair, 35, pada 26 Januari 2018.

Yuna yang kini tinggal di Amerika Syarikat itu ditanya mengenai hubungan jarak jauh bersama suaminya itu berkata, dia cuba berulang-alik sekerap mungkin.

“Saya belum mempunyai perancangan untuk kembali ke Malaysia. Setakat ini rezeki saya masih di sana tapi saya cuba balik Malaysia dua bulan sekali,” ujarnya. 

Yuna

Artikel Berkaitan

Artikel Lain