suria

Yuna, Adam Nikah Di Resort Berlatarbelakangkan Pergunungan

Semoga perkahwinan Adam dan Yuna akan kekal bahagia ke akhir hayat. FOTO: WeddingsbyQay

MAJLIS pernikahan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna dan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair, 34, selamat disempurnakan dalam satu majlis di Bentong, Pahang pada Jumaat.

Pasangan itu bernilkah di Puncak Rimba, Bentong yang berlatarbelakangkan pergunungan kira-kira pukul 7 malam dengan sekali lafaz.

Yuna, 32, dinikahkan oleh pegawai Jabatan Agama Islam, Bentong, Pahang iaitu Azmi Noh dan beliau diwalikan ayahnya, Datuk Mat Zara'ai.

Majlis pernikahan dilakukan dalam satu kawasan berlatarbelakangkan pergunungan dengan tema dalam taman. FOTO: WeddingsbyQay

Menerusi gambar yang dikongsi, majlis pernikahan itu bertemakan dalam taman dengan berlatarbelakangkan hutan semula jadi.

Keluarga pihak lelaki dilihat tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat manakala pihak perempuan bewarna jingga.

Pihak lelaki memberikan tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pihak peremuan.

Turut dikongsi gambar Yuna duduk di atas pelamin dihiasi dengan bunga segar.

Adam menyarungkan cincin di jari Yuna. FOTO: WeddingsbyQay

Gambar Adam menyarungkan cincin ke jari Yuna juga dimuat naik oleh kenalan mereka yang hadir ke majlis berkenaan.

Menurut kenyataan pihak pengurusannya, kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan kedua-dua pihak hadir dalam majlis itu.

Yuna bakal mengadakan sidang medianya di Putrajaya pada Sabtu berhubung perkahwinannya itu.

Kedua-dua mempelai mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Yuna

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain