“Syukur Alhamdulillah” - Izreen Azminda hamil selepas lebih setahun kahwin - Hiburan | mStar

“Syukur Alhamdulillah” - Izreen Azminda hamil selepas lebih setahun kahwin

Izreen Azminda dan Ude bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Foto Instagram @izreen.azminda

SELEPAS lebih setahun mendirikan rumah tangga, pelakon sensasi Izreen Azminda kini hamil anak pertama bersama suaminya, pemuzik Ude.

Izreen, 34, membuat pengumuman itu menerusi Instagramnya pada Jumaat sambil mengucapkan syukur atas rezeki tersebut.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas.

Izreen turut memuat naik gambar imbasan ultra bunyi kandungannya yang diletakkan bersebelahan pakaian bayi tertera tulisan I Love Mom & Dad.

Bagaimanapun Izreen tidak memberi sebarang butiran mengenai kehamilannya itu.

Izreen dan Ude berkahwin pada 8 Ogos 2017.

Izreen dan Ude atau Muhammad Radzi Abdul Wahid, 31, berkahwin pada 8 Ogos 2017 secara rahsia atas permintaan pemuzik itu yang ketika itu sudah pun mempunyai isteri.

Ude pada 22 Mac tahun lalu, menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh selepas lima tahun berkahwin.

Pasangan itu mempunyai dua anak bersama Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri yang berusia dua tahun.

Manakala Izreen sebelum ini pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza pada 2012 namun bercerai pada 2014 dan mereka dikurniakam seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar berumur enam tahun.

Izreen Azminda , Ude

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?