"Saya hilang keyakinan diri tengok kawan-kawan lain" - Aiman Tino - Hiburan | mStar

"Saya hilang keyakinan diri tengok kawan-kawan lain" - Aiman Tino

Aiman Tino memberitahu masalah tonsil dihadapinya sejak awal tahun ini menyebabkan dia hilang keyakinan diri.

PENYANYI Aiman Tino mendedahkan dia pernah mengalami tekanan dan hilang keyakinan diri selepas mengalami masalah tonsil bengkak sejak awal tahun ini sehingga akhirnya dimasukkan ke hospital September lalu.

Aiman, 20, berkata, akibat penyakit itu juga dia berasa rendah diri apabila melihat rakan-rakan seperjuangannya dapat meneruskan karier seni mereka manakala dia perlu banyak berehat bagi memastikan keadaannya benar-benar pulih.

"Sejak pertengahan tahun ini memang Aiman akui tidak begitu aktif kerana masalah tonsil yang dihadapi sejak awal tahun ini.

"Jujurnya situasi itu benar-benar memberi kesan kepada keyakinan Aiman sehingga nak muat naik perkembangan terkini di Instagram pun sudah jarang.

"Ia sedikit sebanyak menjejaskan karier Aiman dan disebabkan itu juga nama Aiman agak perlahan tahun ini kerana kurang membuat persembahan disebabkan masalah tonsil," katanya ketika ditemui pada Tik Tok Year End Party pada Sabtu.

Bagaimanapun kata Aiman, sepanjang tempoh itu dia mengambil kesempatan untuk berehat bagi memastikan kesihatan dan suaranya kembali pulih.

Aiman bakal tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.

"Alhamdulillah sekarang Aiman sudah pulih sepenuhnya selain sudah kembali aktif mengadakan persembahan pentas malah sedang dalam proses rakaman single terbaharu," ujarnya.

Dalam pada itu, Aiman menolak kesihatan dan suaranya yang terjejas untuk tempoh lama disebabkan perbuatan sihir individu yang bersikap dengki terhadap kejayaannya.

"Awal-awal dahulu ada juga Aiman pergi berubat alternatif Islam apabila penyakit itu tidak sembuh-sembuh tetapi saya tidak rasa ia perbuatan khianat sesiapa.

"Aiman tidak mahu percaya terhadap perkara syirik dan kesakitan dialami ini Aiman anggap sebagai ujian daripada Allah.

"Alhamdulillah sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini Aiman rehat, ambil ubat dan sudah pun kembali pulih," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Aiman berkata, untuk single terbaharunya dia ingin mencuba sesuatu yang baharu sejajar dengan perubahan muzik masa kini.

Kata Aiman, dia merasakan tidak salah untuk menampilkan kelainan namun masih mengekalkan identitinya sebagai penyanyi lagu balada.

"Apa yang pasti akan ada sesuatu yang baru daripada Aiman... Kalau tengok trend muzik sekarang banyak muzik rancak dan urban jadi Aiman tidak boleh ketinggalan.

"Rasanya tak salah kalau Aiman cuba menyanyikan lagu rancak namun itu bukan bererti Aiman akan lupakan identiti sebagai penyanyi lagu 'jiwang'," katanya.

Aiman Tino

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain