suria

"Selamat jalan ayahku" - Bapa Tomok & Isma AF7 meninggal dunia

Bapa kepada penyanyi Tomok dan Isma AF7 iaitu Ismail Salam meninggal dunia pada petang Sabtu.

BAPA kepada penyanyi Tomok iaitu Ismail Salam meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 petang pada Sabtu selepas setahun diserang penyakit angin ahmar.

Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh Tomok dan kakaknya yang juga penyanyi Isma AF7 menerusi Instagram masing-masing.

"Perginya ayahanda kami mengadap Ilahi Ismail Bin Salim. Ya Allah Kau ampuni dosa-dosa ayahku.

"Kau tempatkan ayahku dalam kalangan orang-orang yang beriman di sisiMu. Selamat jalan ayahku," tulis Isma.

Dalam pada itu, Isma memberitahu dia bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan menjaga bapanya sehingga akhir nafasnya.

"Terima kasih Allah, Kau beri kami peluang menjaga ayah sehingga akhir nafas ayah.

"Tanty sayang ayah. Semoga Allah izinkan kita berjumpa lagi ayah.

Sementara itu, Tomok memaklumkan jenazah bapanya dikebumikan Masjid Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur malam ini.

Tomok, Isma AF7

Artikel Lain