suria

Tiada minyak rambut Ramzan pakai topi - Itu antara 10 perkara menarik penyampai Berita TV3

Ramzan mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk menyebut perkataan dengan lancar dan jelas. Foto AZLINA ABDULLAH.

MENJADI penyampai berita bukanlah sesuatu tugasan yang mudah dilakukan seperti yang dilihat di televisyen.

Menurut pembaca berita Buletin Utama TV3 iaitu Ramzan Mohd Saufi, dia mengambil masa selama lapan bulan menjalani sesi latihan menyebut perkataan dengan sempurna.

"Sebenarnya nak jadi pembaca berita orang fikir macam senang tapi tak semudah itu. Cabaran pemulaan memang banyak dan salah satu dari segi sebutan perkataan.

"Sebab apabila kita bercakap kadang-kadang tak sebut dengan jelas. Saya mengambil masa lebih kurang lapan bulan untuk berlatih menyebut perkataan.

"Supaya dapat menyebut perkataan itu satu persatu tanpa sebarang kesalahan dan lancar sebutan," kata Ramzan kepada mStar Online.

Ramzan ditemui ketika sesi bersama media wajah baharu berita TV3 di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Menurut Ramzan, bukan mudah untuk menjadi pembaca berita.

Pesonaliti TV ini bergandingan dengan Nik Munirah Nik Hassan dan Mior Abdul Malek Raiyani menerusi Buletin Utama TV3 yang bersiaran pukul 8 malam pada setiap hari.

Ikuti 10 perkara yang menarik dan orang tidak tahu di sebalik diri Ramzan.

1. Sebenarnya kalau saya bersiaran di TV, saya tak menggunakan solekan yang tebal. Saya cuma akan pakai bedak asas supaya nampak kilat di wajah.

2. Saya tak boleh keluar rumah tanpa minyak rambut, tak pakai minyak atau kalau tak pakai minyak rambut, saya akan pakai topi.

3. Akan pastikan telefon pintar saya sentiasa ada bateri sebab itu sebelum keluar akan cas terlebih dahulu.

4. Saya gemar memakai seluar jeans. Saya ada 10 seluar jeans berwarna hitam dan 10 warna biru.

5. Boleh dikatakan saya sentiasa menjaga keterampilan diri. Pertama sekali, setiap hari saya akan bercukur untuk kelihatan lebih kemas.

Ramzan seorang yang sangat menjaga keterampilan dirinya.

6. Saya bukan seorang yang gemar membeli barangan jenama mahal. Bagi saya, apa yang paling penting adalah penampilan bukan jenama sesuatu barang yang kita pakai.

7. Makanan kegemaran saya ialah makanan Malaysia iaitu sate. Memang paling saya suka tak kisah sate apa.

8. Saya sangat suka melancong dan setiap tahun saya akan bawa keluarga bercuti ke mana-mana. Tahun ini, percutian sekeluarga saya di Bangkok dan Jakarta. Manakala tahun hadapan, mungkin kami akan pergi bercuti di Melbourne, Australia.

9. Mungkin orang nak tahu, saya ini ada darah campuran iaitu Melayu dan Pakistan.

10. Orang nampak saya di TV seorang yang sangat serius dan tegas sampai ada yang komen minta saya senyum. Tapi sebenarnya saya seorang yang santai dan happy go lucky.

Artikel Lain