Vida terkilan Nabil panggil dirinya ‘makcik, “Saya rasa tak ada apa hutang dengan dia” - Hiburan | mStar

Vida terkilan Nabil panggil dirinya ‘makcik, “Saya rasa tak ada apa hutang dengan dia”

Vida menjawab semula komen yang ditinggalkan Nabil di ruangan komen Instagram mengenai hutang antara mereka.

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) menegaskan beliau tidak tahu menahu mengenai hutang tertunggak yang dibangkitkan pengacara Nabil Ahmad.

Malah, usahawan kosmetik itu turut terkejut dengan tuduhan tersebut yang dianggap tidak berasas.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang dituduh tak tegur, Nabil tuntut Vida bayar hutang projek luar puluhan ribu ringgit

“Saya rasa tak ada apa hutang pun dengan dia. Saya pun tak tahu projek apa yang dimaksudkan.

“Bila saya cakap dia dan Jihan tak tegur saya, tiba-tiba dia cakap saya ada hutang pula. Terkejut juga saya,” katanya kepada mStar Online.

Vida turut menyifatkan Nabil seolah-olah memalukan dirinya sendiri apabila melemparkan tuduhan tidak benar itu.

“Kalau dia cakap macam tu dia seperti memalukan dirinya sendiri,” kata bekas penaja Gegar Vaganza (GV) selama empat musim itu.

Pada masa sama, Vida turut terkilan dengan perkataan ‘mak cik’ yang ditulis Nabil dalam ruang komen di Instagram miliknya.

Paparan skrin komen Nabil di Instagram.

“Dahlah tu siap panggil mak cik kat saya. Mak cik sangat ke... amboi,” katanya.

Dalam pada itu pengasas produk Qu Puteh itu tetap menegaskan bahawa Nabil dan Jihan tidak menegurnya semasa beliau hadir ke konsert akhir Gegar Vaganza 5 (GV5), Ahad malam.

“Betul... buat apa saya nak tipu. Kakak saya kata aloh mu dah taja GV empat tahun, takkan Nabil tak tegur mu.

“Saya kata tak tahu dia, takkan tak nampak saya. Penonton dekat (tempat duduk) atas siap jerit lagi Datuk Seri... Datuk Seri. Mereka hanya lalu sahaja,” katanya.

Nabil sebelum ini mempersoalkan mengenai hutang tertunggak yang didakwa masih belum dibayar Vida selepas geram dengan kenyataan usahawan kosmetik itu yang mendakwa dia dan Jihan tidak menegurnya.

“Ya, dia masih belum bayar hutang saya yang mencecah puluhan ribu ringgit sejak dua tahun lalu. Ia projek dan kerjasama antara kami sebelum ini. Dah lama saya tunggu.

“Sejujurnya, saya tak heran sangat tentang duit itu tapi saya geram apabila dia fitnah kata saya tak tegur dia masa di Konsert Akhir Gegar Vaganza 5.

"Sebab itu saya tinggalkan komen isu hutang itu di video Instagramnya, selama ini saya tak pernah kisah tentang hal itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain