'Polis Evo 2' tidak hina Islam, pendedahan aurat minimum - Mufti

Polis Evo bakal ditayangkan pada 22 November ini.

MUFTI Wilayah persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi pandangan bahawa filem Polis Evo 2 tidak mengandungi mesej penghinaan kepada Islam.

Zulkifli dalam satu kenyataan berkata, filem yang sudah ditonton secara keseluruhan itu hanya mengenengahkan fahaman fanatik sesat yang memberi ancaman kepada negara.

"Filem ini menimbulkan sedikit kegusaran segelintir masyarakat berikutan beberapa watak dan babak yang seolah-olah memburukkan imej Islam dan menyamakan Islam sebagai pengganas.

"Watak antagonis seperti Hafsyam (Hasnul Rahmat) tidaklah menampakkan beliau sebagai seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak kerana tidak ada dialog atau babak yang klise dalam menggambarkan teroris atas nama agama seperti bertakbir dan menggunakan apa-apa ayat al-Qur’an atau hadis.

"Watak Hafsyam digambarkan sebagai pemimpin ajaran sesat yang tegar merokok, mengedar dadah, kejam, akhlak bermasalah, tidak ada langsung babak solat dan lain-lain babak yang boleh menguatkan keyakinan kita bahawa beliau adalah benar-benar seorang pengganas atas nama agama," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Evo 2 dapatkan nasihat mufti

Watak Hafsham undang reaksi pelbagai pihak.

Dalam pada itu, Zulkifli mencadangkan agar pihak produksi melantik pakar agama sebelum menghasilkan sebuah filem bertemakan Islam.

Katanya, perkara itu bagi mengelakkan sebarang isu sensitif melibatkan agama.

"Saya mencadangkan supaya dilantik konsultan Syariah agar perjalanan satu-satu filem yang membawakan tema sebegini, dapat mengelakkan sebarang isu-isu sensitif melibatkan agama.

"Sebaiknya, rujukan kepada konsultan Syariah dilakukan sejak dari awal pembikinan skrip sehinggalah selesai penggambaran keseluruhan filem.

"Kami juga mencadangkan kepada produksi agar meletakkan penjelasan pada awal filem atau pada addendum berkenaan kesamaran dalam jalan cerita (mungkin sengaja diletakkan pada subteks) yang mungkin terdedah kepada salah faham terhadap agama," ujarnya.

Selain itu, Zulkifli turut memuji filem berkenaan yang membawa unsur-unsur positif terutama pada watak lakonan Erra Fazira.

"Satu pengiktirafan kepada wanita apabila watak SACC Dato’ Azizat (Erra Fazira) memainkan peranan yang amat penting dalam menjayakan misi menumpaskan ajaran sesat.

"Watak polis, apatah lagi yang mengetuai misi-misi penting biasanya dimainkan oleh lelaki. Namun, apa yang ditunjukkan oleh Polis Evo 2 adalah berbeza.

"Pendedahan aurat dan juga ikhtilat yang sangat minima. Ini perkembangan baru yang sangat baik dalam filem tempatan. Malah, SACC Dato’ Azizat juga seorang wanita yang lengkap bertudung dan berpakaian sopan serta menutup aurat," ujarnya.

Dr Zulkifli bersama pihak Astro menyelesaikan isu filem Polis Evo 2.

Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. dan SCM Tbk itu menerima pelbagai reaksi termasuk beberapa parti politik sejak dimuat naik pada 30 Oktober lepas di Facebook dan YouTube.

Terdapat pihak yang berpendapat filem tersebut memberi gambaran buruk kepada imej Islam sebagai pengganas.

Ia berikutan watak ketua pengganas bernama Hafsyam lakonan Hasnul Rahmat yang menggunakan agama untuk melakukan jenayah.

Polis Evo 2 menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak dan pelakon Indonesia Raline Shah sebagai teraju utama.

Manakala turut menampilkan pelakon lain antaranya Erra Fazira, Raline Shah, Hairul Azreen, Soffi Jikan, dan Syafie Naswip.


Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Laksana tanggungjawab perangi Covid-19, sumbangan mega Petronas saat krisis tiada sempadan – “Diharapkan Malaysia lebih kuat dan utuh di masa depan”

DENGAN keadaan yang tidak menentu ketika ini akibat pandemik Covid-19, terdapat keperluan bagi negara untuk bersama-sama menangani penularan wabak itu.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain