Tasha Shilla bertemu pakar akibat sukar tidur, rasa tak tenang - Hiburan | mStar

Tasha Shilla bertemu pakar akibat sukar tidur, rasa tak tenang

Tasha mahu golongan muda merawat penyakit kemurungan dengan cara yang betul. Foto Instagram @tashashilla

PELAKON Tasha Shilla mendedahkan dia mengalami masalah kesukaran tidur, sentiasa memikirkan sesuatu yang tidak pasti dan emosi kurang stabil sejak dua tahun lalu.

Tasha atau Natasha Sheila Abdul Razak, 31, berkata setelah berasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya, dia segera mendapatkan rawatan kaunseling dan pakar mendapati dia mengalami kemurungan atau depresi.

"Sebagai manusia biasa kita memang akan berdepan tekanan hidup dan kemurungan, jadi bermula situ saya ambil inisiatif untuk ubah jadi lebih baik, sebab itu saya cari pakar yang boleh merawat.

"Ia bermula apabila saya rasa susah nak tidur sehingga saya tertanya-tanya kenapa ia berlaku? Ketika itu, saya tak tahu lagi kalau ada kemurungan sehinggalah kawan cadangkan saya berjumpa seorang pakar iaitu Couch Fahmi dan akhirnya saya dapat jawapan.

Tasha bersama Couch Fahmi yang membantu menyelesaikan masalah kemurungan dihidapi.

"Kemurungan saya mungkin tidak terlalu teruk tapi selepas bertemu pakar tersebut saya rasa lebih tenang, perasaan lega dan tidur pun tak terganggu lagi," katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, pelakon drama Air Mata Syurga ini menyarankan kepada mereka yang mengalami simptom sama untuk bertemu pakar dalam usaha merawat masalah kesihatan itu.

Tambahnya, memendam perasaan hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih parah dan pastikan berkongsi masalah dengan orang selayaknya.

"Golongan muda dan remaja yang ada masalah perlu jumpa orang yang betul, kadang-kadang kita tak sedar kita sedang depresi. Jangan pendam perasaan itu.

Tasha turut berkongsi tanda-tanda seseorang mengalami kemurungan.

"Rawatan alternatif yang saya jalani ini memang biasa dilakukan oleh artis Hollywood dan ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kemurungan itu," katanya.

Bercakap mengenai karier seni, Tasha memberitahu dia kembali aktif sebagai pelakon dan bakal muncul dalam beberapa drama serta telefilem.

"Insya-Allah selepas ini saya akan muncul dalam drama Mimpi Sabrina untuk slot Samarinda TV3 dan telefilem Jangan Takut untuk siaran Astro.

"Saya akan lebih aktif berlakon dan terima kasih atas sokongan semua peminat," katanya.

Tasha Shilla

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu