Nad Zainal disangkakan ‘kekwat’ tapi rupa-rupanya rabun - Hiburan | mStar

Nad Zainal disangkakan ‘kekwat’ tapi rupa-rupanya rabun

Nad mempunyai masalah penglihatan kurang jelas atau rabun sejak usianya 9 tahun. Foto Instagram: @nadzainal.

PELAKON Nad Zainal memberitahu dia bukan sengaja untuk bersikap sombong seperti yang dikatakan pengikut di laman sosialnya.

Nad, 28, berkata dia mempunyai masalah penglihatan kurang jelas sejak usia 9 tahun menyebabkan wajahnya kelihatan sombong.

Menurut pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin, dia akan membalas teguran seseorang itu sekiranya ada yang memangil atau melambai kepadanya.

"Orang kata muka kita muka 'kekwat' (sombong). Muka kekwat... Tapi kita tak kekwatlah. Dan... I rabun. Rabun sejak darjah dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 3 minggu Nad Zainal minta suami keluar rumah


Nad menjawab persoalan pengikutnya yang mengatakan dia sombong.

"Mestilah buat muka selamba. Takkan muka gemuruh pula. Melainkan orang panggil atau lambai.

"Kita tukarlah mode 'Nad Zainal', kalau tak... I manusia biasa, I mak Yem, I bini (isteri) Faliq, I tak pernah rasa I ni siapa-siapa," katanya.

Pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Anugerah Skrin 2018 (ASK2018) berkata sedemikian bagi menjawab persoalan daripada pengikut di laman sosialnya.

Dalam pada itu, Nad turut menerima soalan daripada pengikutnya yang bertanyakan bagaimana cara dia berhadapan dengan kritikan.

Bagi Nad, kritikan suaminya lebih menakutkan.

Kata Nad, dia akan berdiam diri sebentar, muhasabah dir dan akan mencuba untuk berubah menjadi lebih baik sekiranya kritikan itu benar.

Baginya, dia perlu mendengar pendapat orang lain namun kritikan daripada suaminya, Muhammad Faliq Amirudin lebih menakutkan.

"I termenung kejap muhasabah dan teruskan. Kalau betul apa dia kata, I akan cuba berubah jadi lebih baik.

"Kita kena dengar pendapat orang... Tapi yang paling takut bila suami kritik... Pedih!"

Nad Zainal

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Mas Ermieyati sertai Bersatu