suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya pernah alami macam Zamani, bukan ilmu hitam” - Jamal Abdillah

Jamal nasihat Zamani banyak rehat.

RAJA Pop Datuk Jamal Abdillah berpendapat suara koyak penyanyi Zamani pada program Gegar Vaganza 5 (GV5) pada Ahad lalu bukan disebabkan ilmu hitam.

Jamal, 59, berkata, perkara itu adalah masalah yang sering berlaku kepada penyanyi apabila terlalu penat dan tidak mendapat rehat secukupnya.

"Ia adalah masalah disebabkan terlalu penat dan kurang rehat, dia tidak sakit atau demam tetapi peti suaranya merah dan membengkak.

"Saya juga pernah melalui masalah itu ketika mengadakan konsert beberapa hari berturut-turut sehingga tekak saya bengkak. Ia bukan sebab ilmu hitam tetapi memang suara akan hilang jika kerap digunakan dan terlampau penat," ujarnya kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Peti suara koyak punca Zamani 'membisu' di pentas GV5

ARTIKEL BERKAITAN: Zamani sedar suara hilang sebelum konsert, belum tentu sertai GV5 minggu depan


Dalam persaingan minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Zamani gagal membuat persembahan menerusi lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta kerana peti suaranya koyak.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Gerimis Mengundang ini terselamat dari penyingkiran dan berpeluang untuk berentap di pentas minggu keenam GV5.

Dalam pada itu, Jamal menasihatkan agar penyanyi itu lebih banyak berehat, minum air secukupnya dan kurangkan makan pedas.

"Dia perlu ke klinik untuk ambil suntikan steroid dan jangan banyak bercakap jika mahu segera sembuh," ujarnya.

Sementara itu, Jamal berkata, dia tidak akan meneruskan persembahan jika berada pada situasi penyanyi berkenaan.

"Kalau saya di tempat Zamani, saya tidak akan keluar ke depan sebab sudah tahu tidak boleh menyanyi.

"Saya tidak mahu peminat hampa bila nampak kita tidak boleh menyanyi. Tapi dari sudut lain kita nampak ramai orang sayangkan dia," ujarnya.

Jamal Abdillah, Zamani, GV5

Artikel Lain