suria

Pelaburan besar konsert Sabyan Gambus di Malaysia

Sabyan Gambus.

BUAT julung kali kumpulan nasyid dari Indonesia iaitu Sabyan Gambus bakal mengadakan konsert pertama di Malaysia yang dianjurkan oleh MHH Laguna pada 12 Januari tahun hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MHH Laguna Sdn Bhd, Muhamad Hariz Harun, pihak mereka tiada masalah mengeluarkan modal yang besar demi menjayakan konsert itu.

Malah, mereka juga berharap konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia ini akan memberikan kepuasan kepada semua penonton.

"Ini merupakan konsert pertama berskala besar yang kami anjurkan, sebelum ini kami hanya uruskan acara pentas berskala sederhana.

"Jadi kami mengambil serius dalam projek kali ini. Soal pelaburan memang kami mengeluarkan sejumlah modal yang besar.

"InsyaAllah kami akan bekerja kuat bagi memastikan Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan.

"Saya amat berharap konsert ini nanti mampu memberikan kepuasan kepada semua penonton," Ujar Hariz.

Sabyan Gambus bakal adakan konsert pertama di Malaysia.

Sabyan Gambus dianggotai Khoirunnisa atau Nissa (vokalis), Ahmad Fairuz (Ayus-keyboard), Sofwan Yusuf (perkusi), Kamal (darbuka), Tubagus Syaifulloh (Tebe 
-biola) dan Anisa Rahman (penyanyi iringan).

Kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 ini mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran yang dinyanyikan semula berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran YouTube.

Konsert sulung Sabyan Gambus yang bakal diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam itu akan berlangsung selama tiga jam.

Penonton juga akan dihiburkan dengan artis nasyid jemputan seperti UNIC, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi pada sesi pembukaan.

Selain itu, pihak penganjur turut mengadakan acara Karnival Geng Sabyan yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 11 hingga 13 Januari 2019.

Acara karnival akan berlangsung sekitar perkarangan stadium dengan pelbagai aktiviti sampingan dan jualan menarik bermula pukul 10 pagi hingga 11 malam.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket awal, diskaun sebanyak RM100 bagi setiap kategori dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah Iphone XS.

Tiket-tiket boleh dibeli secara dalam talian di www.ticket2u.com.

Sabyan Gambus

Artikel Lain