Kalau dulu menyanyi, kini mengaji... Mizz Nina lebih tenang tanpa fikir kerjaya seni

Kehidupan Mizz Nina lebih tertumpu pada bidang lain iaitu mendalami agama Islam.

ISTERI kepada penyanyi Noh Salleh iaitu Mizz Nina kini mempunyai minat dan tujuan baharu dalam kehidupannya tanpa memikirkan lagi kerjaya seni.

Mizz Nina atau Syazrina Azman, 37, berkata dia mahu mempelajari, memahami dan melaksanakan ajaran dalam Al-Quran dan Sunnah yang menjadikannya lebih tenang.

"Saya ada minat baru dan tujuan dalam hidup saya. Belajar, memahami dan melaksanakan Quran dan Sunnah.

"Dakwah, kasih sayang untuk manusia dan kemanusiaan. Ia memberikan saya ketenangan sebenar dan kepuasan dalam hati," tulis Mizz Nina.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu Menyanyi, Sekarang Mengaji - Mizz Nina


Antara soalan rawak daripada pengikut Mizz Nina di laman sosial.

Mizz Nina menjawab soalan rawak pengikut di laman Instagram yang bertanyakan mengapa dia tidak lagi menyanyi.

Jika sebelum ini boleh dikatakan setiap hari Mizz Nina menghabiskan masa dengan menyanyi namun kehidupannya kini digantikan dengan membaca Al-Quran dan menghadiri kelas mengaji.

Sementara itu, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Around The World ini juga mendapat pertanyaan mengenai bagaimana dia boleh sentiasa berfikiran positif.

Menurutnya, dia hanya memerlukan Allah, Al-Quran dan Sunnah bersamanya untuk kekal bermotivasi biarpun perlu menempuh pelbagai dugaan.

Mizz Nina.

"Mempunyai Allah, Al-Quran dan Sunnah bersama saya merupakan semua yang saya perlukan untuk kekal bermotivasi, kalau dunia menentang saya.

"DIA (Allah) adalah pencipta tujuh syurga dan bumi dan semuanya, tiada yang lain sebelumNya dan selepasNya.

"DIA yang memelihara, menyediakan, melindungi, kita, kenapa perlu saya bimbang? Mempunyai iman dan tawakal pada Allah adalah kunci," katanya.

Mizz Nina mula memakai hijab pada 2013 dan kehidupannya turut berubah semenjak penghijrahan tersebut.

Menerusi laporan mStar Online pada 16 Jun tahun lalu, Mizz Nina berkata memilih untuk melakukan penghijrahan besar dalam hidup bukan sesuatu perkara mudah.

Mizz Nina, Noh Salleh

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain