suria

Janna Nick sebak, harap suspek langgar lari dapat hukuman setimpal

Janna Nick terkesan dengan berita menyayat hati tentang seorang wanita menjadi mangsa langgar lari.

PETALING JAYA: Pelakon Janna Nick terkesan dengan insiden yang menimpa seorang wanita petugas Telekom Malaysia Berhad (TM) Unifi yang maut setelah dirempuh dan diseret sebuah kereta dalam satu kejadian langgar lari di kawasan Shaftbury Square di Cyberjaya malam Rabu lalu.

Janna dalam nada sebak memberitahu dia berharap empat suspek yang berjaya ditahan akan diberikan hukuman setimpal agar kematian mangsa terbela.

"Takziah kepada keluarga Allahyarham... Suspek pun dah kena tangkap.

"Tolonglah bagi hukuman setimpal kepada orang-orang begini," katanya menerusi InstaStory.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dengar cerita, saya tak boleh…” - Bapa mangsa langgar lari tak sampai hati tengok video

Luahan Janna Nick di InstaStory.

Pada Jumaat, empat suspek kes langgar lari itu telah ditahan pihak berkuasa dan mereka telah direman selama empat hari bermula.

Dalam pada itu, Janna berkata, sebagai manusia biasa tiada sesiapa yang terlepas daripada melakukan kesilapan namun perlu bertanggungjawab terhadap setiap tindakan dilakukan.

"Tidak mengapa kalau anda telah melakukan kesalahan kerana sebagai manusia kita kdang-kala hilang kawalan.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat pelajar suspek kes langgar lari di Cyberjaya ditahan, direman 4 hari

Empat suspek termasuk seorang wanita direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes itu.

"Namun tolong bertanggungjawab. Anda tidak boleh lari daripaa kesalahan yang telah anda lakukan," tulisnya.

Dalam kejadian itu mangsa, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang merupakan Penolong Pengurus GTM Event Sales dilanggar sebuah kereta model Hyundai ketika sedang melintas jalan di kawasan tersebut.

Pemandu dalam kenderaan dengan nombor pendaftaran BHS 7999 bertindak melarikan diri dalam kejadian kira-kira 7.34 malam.

Mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun meninggal dunia kira-kita 4 pagi, Khamis.

Janna Nick

Artikel Lain