suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

As'ad Motawh ajak dating, peminat kata asalkan tak melampaui batas

Ada yang mahu berdating dengan As'ad?. Foto Instagram @asad.motawh

PENYANYI As'ad Motawh menyuarakan hasrat untuk mengajak peminatnya mengadakan janji temu romantis.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter, As'ad meluahkan keinginan untuk bertemu dan berdating dengan peminatnya itu.

"Saya rasa nak dating dengan peminat... boleh tak?," tulisnya laman sosial tersebut.

Tweet tersebut menerima lebih 700 tanda suka daripada pengikut.

Tweet As'ad menarik perhatian peminat.

Untuk rekod, Twitter As'ad mempunyai hampir 17,000 pengikut sejak ia dibuka pada Mac tahun lalu manakala penyanyi itu hanya mengikuti 24 akaun yang kebanyakannya artis antarabangsa.

Di Instagram pula, As'ad mempunyai 1.2 juta pengikut.

Dalam pada itu, ramai di antara pengikutnya menganggap status berkenaan sebagai lucu dan mahu penyanyi lagu Senyum ini mengadakan temu janji istimewa dengan mereka.

As'ad bakal muncul dengan single kedua berjudul Percaya.

"Jomlah dating dengan saya. Adakah saya orangnya?

"Siapalah peminat yang bertuah itu, boleh saja dating asalkan tak melampaui batas syariah," komen pengikut.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, As'ad Motawh bakal muncul dengan single kedua berjudul Percaya, minggu depan.

"Percaya! Muzik baru yang akan dilancarkan pada 26 Oktober ini.

"Meskipun belum dilancarkan lagi, sokongan yang saya terima untuk lagu kedua ini sangat dahsyat," katanya.

As'ad Motawh

Artikel Lain