"Sikapnya membuatkan hati saya terbuka..." - Ruhainies

Ruhainies akan berkongsi berita gembira dengan peminat bila tiba masanya.

PELAKON Ruhainies mendedahkan terbuka hati untuk menerima Mr E sebagai kekasih disebabkan sikapnya.

Ruhainies, 26, berkata dia bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki budiman seperti yang diidam-idamkan selama ini.

"Sebenarnya saya seorang yang sangat susah untuk buka hati kepada mana-mana lelaki. Sebelum ini, memang saya hanya akan berkawan sahaja dan tidak akan pergi lebih dari itu.

"Tetapi disebabkan sikapnya yang tidak pernah putus asa telah membuka hati saya. Malah, dia juga seorang lelaki yang budiman.

"Tidak pernah meninggikan suara dan boleh dikatakan semua ciri-ciri lelaki idaman saya ada pada dia," kata Ruhainies kepada mStar Online.


Ruhainies belum bersedia dedah wajah dan nama sebenar kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila masa saya nak kahwin?” - Ruhainies

Kata Ruhanies lagi, dia juga menganggap Mr E sebagai inspirasi dalam bidang perniagaan.

Malah, adik kepada pelakon Risteena Munim ini turut meminta pandangan dan idea tentang perniagaan daripada kekasihnya itu.

"Saya selalu minta pandangan dan idea mengenai perniagaan sebab dia masih muda tapi sudah berjaya dalam bidang ini.

"Dia tahu bagaimana nak uruskan perniagaan dengan baik dan bagi nasihat kepada saya mengenai bidang ini. Setiap apa yang dibuat mesti ada sasaran," ujarnya.

Ruhainies berkata dia sudah mengenali lelaki berusia lingkungan 20-an itu sejak setahun yang lalu.

Ruhainies.

Bagaimanapun pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu ini tidak mahu tergesa-gesa untuk berkahwin kerana mahu memberi tumpuan terhadap karier seninya.

Namun, dia berjanji akan berkongsi berita gembira bersama peminat bila tiba masanya.

"Sekarang ini, saya mahu beri perhatian kepada karier seni terlebih dahulu. Dia pun sangat memahami kerja saya.

"Tapi insya-Allah kalau ada berita gembira sudah tentu saya akan berkongsi dengan semua peminat.

"Apa-apa pun, saya harap semua orang mendoakan yang terbaik untuk karier seni dan kehidupan saya," ujarnya.

Ruhainies

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain