‘Kembar’ kelu jumpa Syafiq Kyle - Hiburan | mStar

‘Kembar’ kelu jumpa Syafiq Kyle

Zulkhairi gementar jumpa Syafiq (kanan). Foto @Manisfm

PEMUDA yang dikatakan berwajah seiras pelakon sensasi Syafiq Kyle iaitu Zukhairi Zulkifli mengakui gementar apabila berhadapan dengan pelakon berkenaan.

Zukhairi berkata, pertemuan yang diaturkan oleh stesen radio Manis FM berpejabat di Kuala Terengganu pada Sabtu lalu merupakan kenangan manis buat dirinya apabila berpeluang bertemu pelakon filem Langsuir tersebut.

"Pihak Manis FM jemput saya untuk datang ke konti berikutan Syafiq dan Hanna Delisha berada di sana untuk mempromosikan filem baru mereka.

"Perasaannya memang sangat gementar dan tidak tahu nak cakap macam mana, saya malu sangat masa tu," ujarnya kepada mStar Online pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ramai datang isi minyak & berkenalan” - Pemuda seiras Syafiq Kyle

Zulkhairi gementar jumpa Syafiq Kyle.

Dalam pada itu Zulkhairi menyifatkan pelakon berkenaan seorang yang baik dan ramah.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Manis FM yang memberi peluang kepadanya untuk bertemu pelakon berkenaan.

"Terima kasih Manis FM yang beri peluang saya bertemu dengan Syafiq Kyle. Ia menjadi kenangan terindah buat saya," ujarnya.

Sebelum ini, video pemuda dikatakan seiras pelakon drama Nur itu mula tersebar awal bulan lalu.

Malah pelakon Abby Abadi turut memuat naik wajah Zukhairi selepas dia mengisi minyak di stesen Shell Cabang Tiga,Terengganu iaitu tempat pemuda itu bekerja.

Syafiq Kyle

Artikel Sebelum

“Bila masa saya nak kahwin?” - Ruhainies

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Tun M pandu Proton Saga baharu